Siakap Keli
lelaki bakar isteri
Kredit Sinar Harian

Lelaki Tergamak Bakar Isteri Sendiri Hingga Melecur 27 Peratus Guna Minyak Petrol

Lelaki Tergamak Bakar Isteri Sendiri Hingga Melecur 27 Peratus Guna Minyak Petrol

Seorang lelaki tergamak membakar isterinya sendiri menggunakan minyak petrol dalam kejadian di sebuah rumah dalam ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Difahamkan bahawa ia berpunca daripada pertengkaran melibatkan pasangan itu akibat perselisihan faham antara mereka.

Tambah Mohd Asri, ketika kejadian, empat orang anak pasangan itu berada di dalam bilik mereka sebelum mendengar pertengkaran ibu bapa mereka.

“Salah seorang anak mangsa cuba keluar bilik namun pintu ditolak dari luar. Bagaimanapun dia berjaya keluar dari bilik berkenaan tidak lama kemudian dan melihat ibunya terbakar di bahagian badan.

“Difahamkan, anak mangsa turut melihat bapanya cuba memadamkan api, namun bertindak melarikan diri apabila api pada badan mangsa semakin merebak,” kata Mohd Asri ketika ditemui media. 

Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berkenaan kejadian tersebut

Dalam pada itu, susulan laporan yang diterima, polis segera bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan daripada polis, pihaknya turut menemui satu botol berisi minyak petrol serta pemetik api.

Kedua-dua bahan itu dipercayai digunakan suspek untuk membakar isterinya.

Menurut beliau lagi, mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan doktor mengesahkan bahawa mangsa melecur 27 peratus daripada badannya.

BACA: Kehilangan Jutawan Kripto Terjawab, Ditemui Mati & Mayat Dikerat

“Semakan yang dilakukan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau dan sebelum ini pernah mencederakan mangsa.

“Mereka yang telah berkahwin selama lima tahun mempunyai empat orang anak berusia antara 10 hingga 13 tahun,” katanya lagi.

Selain itu, beliau berkata bahawa kini pihak polis sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri tersebut. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Pelajar, Warga Emas Maut Motosikal Bertembung

Seorang pelajar lelaki tingkatan lima dan seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung di KM19, Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja, Parit, semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kejadian berlaku kira-kira 7 malam ketika pelajar berusia 17 tahun berkenaan yang menunggang motosikal jenis Yamaha  135 LC dalam perjalanan dari arah Bota Kiri ke Tanjung Belanja selepas mengunjungi surau berhampiran.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka