Siakap Keli
Pelajar warga emas maut motosikal bertembung
Kredit PDRM

Pelajar, Warga Emas Maut Motosikal Bertembung

Pelajar, Warga Emas Maut Motosikal Bertembung

IPOH, 1 Ogos (Bernama) — Seorang pelajar lelaki tingkatan lima dan seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung di KM19, Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja, Parit, semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kejadian berlaku kira-kira 7 malam ketika pelajar berusia 17 tahun berkenaan yang menunggang motosikal jenis Yamaha  135 LC dalam perjalanan dari arah Bota Kiri ke Tanjung Belanja selepas mengunjungi surau berhampiran.

Baca: “Terus Capai Red & Black,” Wan Chai Cuak Kena Ganggu Ketika Live, Tiba-Tiba Semua Member Lesap Diganggu ‘Makhluk Halus’?

“Warga emas berusia 64 tahun itu yang menunggang motosikal jenis Honda Dash pula sedang menuju ke arah Bota Kiri dari Tanjung Belanja untuk pulang ke rumahnya di Kampung Tua.

“Warga emas berkenaan yang merupakan pekebun dipercayai secara tiba-tiba membelok ke kanan menyebabkan pelajar yang bergerak lurus tidak sempat membrek lalu melanggar motosikal warga emas itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata kedua-dua mangsa yang tidak memakai topi keledar meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Katanya mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Changkat Melintang, Parit untuk bedah siasat dan kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka