Siakap Keli
simpan serai halia kunyit tahan lama
Kredit: TikTok

Tak Mudah Rosak, Abang Ni Ajar Cara Simpan Serai, Halia & Kunyit Agar Tahan Lama

Tak Mudah Rosak, Abang Ni Ajar Cara Simpan Serai, Halia & Kunyit Agar Tahan Lama

Serai, halia dan kunyit merupakan bahan masakan yang lazim di Malaysia. Kebanyakan masakan di Malaysia menggunakan bahan-bahan tersebut bagi memberikan aroma dan tekstur masakan yang memukau.

Antara masakan-masakan yang sering dimasak rakyat Malaysia dan menggunakan salah satu bahan-bahan ini adalah tom yam, ikan goreng, ayam masak kicap dan lain-lain lagi.

Namun, cara penyimpanan yang kurang tepat menyebabkan serai, halia dan kunyit menjadi lembik dan rosak, walaupun selepas disimpan di dalam peti sejuk.

Apabila sayur-sayuran ini menjadi lembik, sudah semestinya ia akan mengeluarkan tekstur seakan-akan lendiran atau ‘slime’ apabila disentuh.

Sayuran-sayuran yang asalnya digunakan untuk menaikkan aroma masakan kini menghasilkan bau-bauan yang tidak semenggah di dalam peti sejuk anda.

Sudah jadi satu kerja untuk menggeledah segala isi di dalam peti sejuk dan membersihkan kesan-kesan sayuran-sayuran yang sudah menjadi lembik.

Dari sudut ekonomi pula, ini dilihat sebagai satu kerugian kerana kita tidak dapat memanfaatkan semua sayuran yang dibeli untuk dijadikan sebagai masakan di rumah.

Sebaliknya, kita terpaksa mengeluarkan modal untuk membersihkan peti sejuk, apabila sayur-sayuran ini tidak dapat bertahan lama daripada jangkaan pembeli.

Simpan Sayur Guna Tips Ini, Serai, Halia dan Kunyit Anda Akan Tahan Lama

Oleh sebab itu, seorang pencipta kandungan TikTok yang terkenal dengan kandungan tip dapurnya, Awang Dapur (@awangdapur) telah berkongsi tips berguna di akaunnya.

Beliau telah berkongsikan kaedah penyimpanan bagi sayur-sayuran seperti serai, halia dan kunyit agar tahan lama selama berminggu-minggu, mahupun berbulan-bulan.

Pertama sekali, pengguna perlu memotong atau membersihkan bahagian-bahagian sayur-sayuran yang kering dan sudah tidak digunakan dalam masakan.

serai halia kunyit tahan lama
Kredit: TikTok

Bagi serai, jika anda menggunakan bekas berbentuk balang dan ketinggian bekas tersebut tidak melebihi panjang serai, potong bahagian atas serai berdasarkan ketinggian bekas.

Diingatkan bahawa bahagian atas serai masih dapat digunakan dan tidak perlu dibuang. Selepas itu, masukkan batang serai dan bahagian atasnya ke dalam bekas dan isikan air ke dalam bekas terbabit.

serai halia kunyit tahan lama
Kredit: TikTok

Tutupkan bekas tersebut dengan meletakkan penutupnya dan letakkan bekas terbabit di dalam peti sejuk. Jika anda hendak menyimpan halia dan kunyit, kaedahnya juga adalah sama.

Kredit: TikTok
Kredit: TikTok

Jelas Awang Dapur, kaedah ini dapat memastikan sayuran-sayuran yang disimpan dalam peti sejuk dapat bertahan sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya.

Namun begitu, beliau memberi peringatan kepada orang ramai untuk menukar air di dalam bekas simpanan setiap kali dua minggu untuk mengelakkan air simpanan menjadi busuk.

@awangdapur

Replying to @157 Tips ke 18: Simpan Halia, Serai, Kunyit #awangdapur #fyp #tipsdapur #resepimudah #tipsdapurbersih #tipssimpanhalia #tipssimpanserai #tipssimpankunyit

♬ Healing Song – Piano Peace

BACA: Ramai Alpa, Rupanya Ini Maksud, Fungsi & Cara Nak Guna Trip A & Trip B Pada Meter Kereta

Sumber: @awangdapur via TikTok

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma