Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gianluigi Buffon Dijangka Akan Umum Persaraan Dari Bola Sepak
Gianluigi Buffon dilaporkan bersedia untuk mengumumkan persaraannya daripada dunia bola sepak profesional, lapor The Athletic.
Bekas penjaga gol legenda Juventus dan Itali itu telah menghabiskan dua musim terakhirnya bermain untuk kelab Parma dalam Serie B dengan 43 penampilan.
Sebelum ini, beliau telah menandatangani lanjutan kontrak dengan Parma pada Februari 2022 yang berakhir sehingga musim panas depan. Namun kontrak itu nampaknya bakal berakhir lebih awal untuk Buffon mengakhiri kerjayanya selama 28 tahun.
Buffon, 45, memulakan kariernya di Parma pada 1995 dan telah bermain sebanyak 202 kali untuk kelab itu sebelum menyertai Juventus dengan bayaran rekod dunia untuk penjaga gol.
Pemain Itali itu menghabiskan 17 tahun di Juventus, memenangi sembilan kejuaraan Serie A. Beliau kekal bersama kelab itu walaupun berlaku penurunan divisi ke Serie B disebalik skandal Calciopoli pada pertengahan 2000.
Buffon menyertai Paris Saint-Germain pada 2018, menghabiskan hanya satu musim bersama pasukan Perancis itu dan memenangi Ligue 1.
Dia kemudian kembali ke Juventus pada 2019, memainkan peranan utama sebagai pelapis dengan 29 penampilan sepanjang dua tahun sebelum kembali ke Parma.
Buffon menamatkan kariernya di Juventus dengan 685 penampilan. Berada di tempat kedua dalam senarai karier sepanjang masa di kelab di belakang Alessandro Del Piero.
Selain itu, beliau telah memegang rekod penampilan paling banyak dalam Serie A (648), masa paling lama dalam Serie A tanpa bolos (974 minit). Beliau juga memegang gelaran liga paling banyak dalam era Serie A (sejak 1927).
Penjaga gol itu juga bermain untuk pasukan kebangsaan Itali antara 1997 dan 2018. Buffon merupakan pencipta rekod dalam penampilan negaranya dengan bermain 176 kali untuk negara Eropah dan memenangi Piala Dunia pada 2006.
BACA: Wanita Dilapor Terselamat, Sejam Bertarung Nyawa Diterkam Buaya
Bekas bintang Manchester City, David Silva dilaporkan telah mengumumkan persaraannya daripada sukan bola sepak, lapor BBC.
Pemain hebat Sepanyol berusia 37 tahun itu menghabiskan 10 tahun yang sangat berjaya di City dan pernah memenangi empat kejuaraan Liga Perdana sebelum menyertai Real Sociedad pada 2020.
Bagaimanapun, Silva yang mengalami kecederaan lutut serius semasa pra-musim telah memutuskan untuk menamatkan kerjayanya selama 19 tahun.
Sumber: The Athletic