Siakap Keli
Chef wan kanser limfoma
Gambar: Instagram Chef Wan

Terima Ujian Dengan Hati Terbuka, Chef Wan Dedah Hidap Kanser Limfoma

Terima Ujian Dengan Hati Terbuka, Chef Wan Dedah Hidap Kanser Limfoma

Chef selebriti terkenal Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan disahkan menghidap kanser Limfoma.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh beliau dalam satu muat naik di Instagram miliknya hari ini.

Menerusi kiriman tersebut, Chef Wan kelihatan terbaring di atas katil ketika mendapatkan rawatan.

Jelasnya, dia sememangnya menghidap Kanser Limfoma.

Gambar: Instagram Chef Wan

“Saya baru sahaja menjalani ujian ECG tadi. Pada jam 3 petang, Dr memaklumkan mengenai biopsi nodus limfa saya.

“Mereka terpaksa melakukan ujian sebanyak dua kali bagi mengesahkan keputusan yang diperolehi,” tulisnya.

Sehubungan itu, Chef Wan, 65, memaklumkan telah berjumpa dengan Pakar Onkologi, Dr Jay Suriar bagi mendapatkan nasihat berhubung penyakit yang dihidapinya.

“Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah melakukan imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk mengetahui sama ada kanser ini telah merebak ke bahagian organ saya yang lain dan akhir sekali menentukan tahap kanser tersebut.

Tambahnya, doktor menjelaskan bahawa ia berkemungkinan masih di peringkat awal.

Katanya lagi, dia tidak berasa sakit dan baik-baik sahaja.

“Pada peringkat ini, peluang untuk sembuh adalah sebanyak 70 hingga 80 peratus.

“Doktor juga akan memulakan kemoterapi yang mungkin mengambil masa selama 13 minggu,” katanya sambil memberitahu hasil keputusan PET akan diperolehi pada esok.

Sebelum ini, Chef Wan memaklumkan, dia telah melakukan ujian sumsum tulang pada Isnin lalu.

BACA JUGA: Ibu Chef Wan, Meninggal Dunia Pada Usia 92 Tahun

“Saya akan mula mengalami keguguran rambut selepas ini. Jadi, saya sudah bersedia untuk menggayakan rambut palsu seperti Elvis dan M. Daud Kilau pada masa akan datang,” maklumnya,

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan bahawa sudah reda dengan takdir dan menerimanya dengan berlapang dada dan akan terus kuat demi keluarga tercinta.

“Anak perempuan dan menantu saya terus menangis sejurus mendapat tahu saya menghidap kanser.

“Saya kata jangan menangis, saya akan ok. Saya belum pergi lagi! Saya perlu kuat demi semua orang.

“Insyallah, Allah akan jaga saya,'” katanya.

Sementara itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya.

“Alhamdulillah, terima kasih untuk doa dan ucapan.

“Tolong jangan risau kerana kita akan melalui ini bersama-sama dan dalam masa sama kita boleh memberi inspirasi serta membantu orang lain di masa hadapan,” katanya di Instagram.

Semoga Chef Wan terus kuat menghadapi ujian ini dan diberikan kesembuhan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Sumber: Instagram Chef Wan

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?