Siakap Keli
Lelaki Maut Serangan Jantung
Kredit: Bernama

Lelaki Maut Kemalangan Selepas Alami Serangan Jantung

Lelaki Maut Kemalangan Selepas Alami Serangan Jantung

IPOH, 5 Ogos (Bernama) — Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas selepas mengalami serangan jantung di Jalan Kampung Lambak dekat Tanjung Malim, hari ini.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir dalam kenyataan berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada 8.40 pagi memaklumkan sebuah kereta jenis Toyota Camry merempuh tembok sebuah kuil.

Beliau berkata mangsa, Lok Ming Choy, 55, yang beralamat di Taman Kampar, di sini disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung selepas bedah siasat dilakukan.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kereta dipandu mangsa dari arah Kampung Lambak menghala ke Pekan Tanjung Malim telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan dan merempuh tembok kuil.

“Akibat rempuhan tersebut, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dan menambah kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA: Kejap Kiri Kejap Kanan, Kenapa Posisi Tangki Minyak Tak Sama Setiap Kereta? Ini Jawapannya

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.