Siakap Keli
lelaki lemas riadah
Kredit: BERNAMA

Seorang Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Aktiviti Riadah

Seorang Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Aktiviti Riadah

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) — Seorang lelaki berusia 28 tahun dikhuatiri lemas ketika beriadah di sungai Taman Rekreasi Alor Lempah, Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.54 pagi tadi dan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu telah digerakkan ke lokasi tersebut.

“Operasi mencari dan menyelamat turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang yang telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu kerja-kerja mencari mangsa.

“PPDA JBPM Selangor telah tiba di lokasi pada jam 10.50 pagi dan operasi pencarian mangsa dilakukan di kawasan berarus dan pada kedalaman air lima meter,” menurut kenyataan JBPM Selangor.

Menurut kenyataan itu, kerja-kerja pencarian mangsa masih dijalankan.

Bayi lelaki lemas, terjatuh dari pelampung dinaiki bersama bapa

Sebelum ini, seorang bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan dilaporkan lemas selepas dipercayai terjatuh dari pelampung kayak yang dinaiki bersama bapa mangsa, lapor Sinar Harian.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.51 pagi di Lubuk Pedati, Baling, Kedah.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, mangsa bersama bapanya dan seorang lagi kanak-kanak sedang menaiki pelampung kayak ketika beriadah di kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, pelampung berkenaan dikatakan terlanggar perdu buluh menyebabkan mangsa terjatuh,” kata saksi tersebut.

Sumber: BERNAMA

BACA: Bayi Lelaki Lemas, Terjatuh Dari Pelampung Dinaiki Bersama Bapa

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana