Minyak Masuk Tangki Kereta Dikira Dari Hujung “Nozzle” Atau Injap? Ini Jawapan Pak Haji
Sebagai seorang pengguna, pasti ada satu perkara yang terlintas di fikiran semasa kita mengisi minyak, sebagai contoh jumlah minyak yang masuk ke dalam kereta.
Perkara itu semestinya membuatkan kita tertanya-tanya, sama ada jumlah yang dimasukkan berlainan atau sama dengan jumlah yang diingini.
Contoh situasi, anda memilih RM30 untuk mengisi minyak kereta dan apabila mengisi minyak, skrin akan memaparkan jumlah tersebut setelah selesai.
Pada bahagian liter pula, ia bergantung dengan kadar semasa harga minyak, namun sekiranya anda memilih untuk mengisi menggunakan liter, ia akan menunjukkan kadar yang diingini.
Akan tetapi, bagaimana untuk mengetahui sama ada skrin paparan itu adalah tepat? Bagaimana jika skrin paparan tidak sama dengan kadar minyak yang masuk ke dalam tangki minyak?
Dan lagi satu, adakah setelah selesai diisi, adakah minyak itu akan ‘terputus’ dari nozzle ataupun pangkal salurannya di atas platform pam? Mari dengar penjelasan ini.
BACA: Pak Haji Kongsi 3 Cara Mudah Buka Stesen Minyak
Pak Haji bantu rungkai persoalan
Bagi merungkai persoalan itu, mari ketahui jawapan yang disediakan oleh Pak Haji (@petronasbukitkempas), yang terkenal sebagai pemilik stesen minyak yang berwibawa mengenai petrol.
Dalam video tersebut Pak Haji turut berkongsi dakwaan dan soalan yang ditanya oleh orang ramai kepadanya.
“Kalau beli minyak RM50 atau 10 liter atau jumlah lain yang ditetapkan, minyak itu dikira daripada hujung nozzle ini ataupun daripada tali yang berada di atas?”

Bagi memastikan orang ramai faham, Pak Haji terus menyatakan kedua-dua pernyataan yang dinyatakan bersifat tidak benar.
Minyak dimasukkan dalam kadar yang tepat
Menurutnya, yang paling penting dalam situasi ini ialah minyak yang dimasukkan dalam kereta adalah dalam kadar yang tepat, seperti yang diingini.
“Yang penting apa yang kita masukkan ke dalam tangki anda itu tepat.
“Kalau (isi) RM50, bererti nilai volume atau isi padu adalah RM50 dan kalau 10 liter, minyak juga akan masuk 10 liter,” terangnya.
Dalam pada itu, Pak Haji turut menunjukkan cara untuk mengenal pasti sama ada teori yang dikatakan itu adalah benar atau bohong belaka.
Ujian kadar minyak dilakukan setiap minggu
Mengulas lanjut, pemilik Petronas Bukit Kempas itu berkata pihaknya telah melakukan ujian kadar minyak itu pada setiap minggu menggunakan penentu ukur bahan api.

Lebih menyakinkan, ujian itu adalah mengikut ketetapan yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).
“Ujian pam ini adalah mengikut piawaian dan kehendak KPDN.
“Jadi kita dikawal oleh Kementerian Perdagangan dan kita pastikan bukan diukur dari sini (nozzle) dan dari situ (wayar nozzle), kita ukur apa yang masuk dalam kereta anda,” jelasnya.
Jadi buat anda semua, tidak perlu risau dengan kadar minyak yang diisi, yang pasti semuanya tepat dan mengikut piawaian pihak berwajib.
@petronasbukitkempas Pak Haji kongsi #pakhajipetronas #petronas #petronasbukitkempas
♬ original sound – Petronas Bukit Kempas – Petronas Bukit Kempas
Sumber: @petronasbukitkempas/TikTok