Pemain Badminton Izzuddin Jaga Batas, Tak Salam Pengadil Perempuan Raih Perhatian
Tular di media sosial, satu rakaman yang memaparkan pemain badminton, Nur Izzuddin Rumsani menjaga batas pergaulan ketika perlawanan akhir menentang pasangan kembar dari Taiwan di Pusat Mid-America, Council Bluffs, Lowa.
Menerusi klip yang dimuat oleh Ainin Syakireen Zainol di Facebook, ia menunjukkan detik-detik permulaan sebelum pasangan beregu Malaysia Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin menentang Lee Fang-Chih dan Lee Fang Jen.
Sebelum memulakan perlawanan, pasukan tersebut diminta untuk berkumpul di dalam arena untuk sesi bersalaman bersama pengadil dan pihak lawan.
Bagaimanapun, setelah pasukan dari Malaysia masuk ke gelanggang badminton, Nur Izzuddin hanya menghulurkan tangan kepada jantina lelaki sahaja, berbeza dengan Sze Fei.
BACA: Lee Zii Jia Umum Berehat Seketika Dari Badminton
Hanya salam jantina lelaki, pakai baju lengan pendek & pakaian dalam tutup lutut
Pada permulaan, Nur Izzuddin menghulurkan tangan kepada pengadil lelaki kemudian dia beralih kepada pihak lawan untuk bersalam.
Ketika dia beralih kepada pihak lawan, pengadil perempuan itu bergerak ke hadapan sedikit kemungkinan berfikir Nur Izzuddin tidak sampai untuk bersalam dengannya.

Bagaimanapun tangannya itu tidak disambut oleh Nur Izzuddin dan selepas mereka selesai bersalaman, pengadil perempuan itu sekali lagi menghulurkan tangan kepadanya.

Pun begitu, huluran tangan itu sekali lagi tidak disambut oleh Nur Izzuddin tetapi dia dengan sopan meletakkan tangan di raket sebagai tanda hormat.
Pengadil perempuan yang melihat tindakan itu serta-merta tersipu malu, dipercayai faham dan kemudian bergerak ke belakang untuk langkah seterusnya.
Manakala, Sze Fei menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan pihak lawan dan pengadil.
Usai menyantuni pihak lawan dan para pengadil, pengadil lelaki kemudiannya menerangkan peraturan yang ditetapkan.
Perkara itu kemudian meraih perhatian orang ramai selepas ia dimuat naik di platform media sosial.
Tidak hanya itu, Nur Izzuddin juga memakai pakaian dalam (inner) di kakinya memandangkan set pakaian yang diberikan adalah seluar pendek.
Pemain badminton berusia 25 tahun itu juga dilihat memakai baju lengan pendek berbanding baju tidak berlengan seperti Sze Fei.
Walaupun perkara itu dilihat kecil namun perkara yang dilakukan Nur Izzuddin sememangnya dapat menunjukkan sifat toleransi dan adab sebagai Muslim kepada umum.
Sumber: Ainin Syakireen Zainol/Facebook