Siakap Keli
wanita mata kail ikan keli
Kredit: The Thaiger

Ngeri, Wanita Nyaris Telan Mata Kail Dalam Lauk Ikan Keli

Ngeri, Wanita Nyaris Telan Mata Kail Dalam Lauk Ikan Keli

Situasi yang tidak dijangka hampir menimpa seorang wanita berusia 31 tahun apabila dia nyaris termakan mata kail yang ditemukan dalam menu masakan ikan keli yang dipesan dari sebuah restoran di daerah Pak Kret, Thailand.

Lapor The Thaiger, wanita tersebut menceritakan pengalaman ngeri itu berlaku sewaktu dia dan rakannya memesan makanan melalui perkhidmatan penghantaran pada 27 Julai lalu.

Mereka membuat tempahan makanan hidangan dua ketul ikan keli masak pedas, nasi kosong dan nasi dengan lauk kambing.

Menurutnya, pada asalnya mereka sedang menikmati makan tengah hari itu kemudian secara tiba-tiba satu mata kail dan tali pancing ditemui dalam potongan isi ikan hidangan tersebut.

Ikan keli merupakan hidangan kegemarannya namun penemuan yang tidak dijangka itu membuatkan dia terasa mual.

Apabila menyedari dengan keadaan itu, dia segera memaklumkan kepada rakannya dan situasi tersebut membuatkan mereka bingung.

Kejadian itu sememangnya sukar untuk dipercayai namun kehadiran cangkuk itu sekaligus telah mematikan selera mereka.

BACA: Lelaki ‘Cover’ Lagu Toxicity Guna Dram Tong DIY Buat Ramai Kagum

Maklum kepada pemilik restoran

Wanita itu membuat keputusan untuk menceritakan kepada pemilik restoran tersebut berkaitan dengan penemuan ‘ngeri’ yang mengejutkannya.

Pun begitu, restoran tersebut menegaskan mereka telah membersihkan ikan itu dengan teliti.

Bagaimanapun atas rasa tanggungjawab restoran itu menawarkan menu yang sama sebagai tanda ganti rugi, namun wanita yang trauma terbabit mengatakan dia mahu wangnya dipulangkan semula.

Akur dengan keputusan tersebut, restoran itu akhirnya memulangkan semula wang sebanyak RM15 kepadanya.

Trauma dengan insiden berlaku

Wanita tersebut kemudian menyatakan bagaimana bencana lebih besar boleh berlaku sekiranya dia menelan mata kail tersebut.

Akibat terlalu takut dengan pengalaman mengerikan itu, sehingga kini dia masih memeriksa makannya dengan teliti sebelum memakananya.

Insiden itu telah meninggalkan parut yang mendalam kepadanya hingga dia tidak lagi memilih untuk memakan ikan keli atau hidangan yang berasaskan ikan berkenaan.

Dalam masa sama insiden itu membuatkan orang ramai menggesa supaya pemilik restoran berhati-hati dalam menjaga kualiti makanan.

Difahamkan juga, mata kail itu mungkin tersangkut jauh di dalam badan ikan itu apabila ia memakan umpan dan tidak dapat dikesan semasa sesi pembersihan.

Sumber: The Thaiger

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana