Siakap Keli
set drum tong
Kredit: thatwasitik/Facebook

Lelaki ‘Cover’ Lagu Toxicity Guna Dram Tong DIY Buat Ramai Kagum

Lelaki ‘Cover’ Lagu Toxicity Guna Dram Tong DIY Buat Ramai Kagum

Setiap manusia yang ada di muka Bumi ini mempunyai latar belakang yang berbeza dan boleh dikatakan perjalanan hidup juga berlainan, kerana masing-masing mempunyai kisah yang tersendiri.

Seperti yang lain, mereka juga mempunyai bakat yang tersendiri, contohnya diberikan suara yang merdu, mempunyai bakat dalam bidang seni dan banyak lagi.

Bakat-bakat yang dimiliki itu juga boleh mengubah kehidupan menjadi lebih baik sekiranya mempunyai peluang untuk digilap dan bagi mereka yang datang dari golongan yang mampu pastinya bakat itu akan diasah dari kecil.

Namun, tidak semua bertuah dan datang daripada keluarga yang berada, mereka yang hidup bersederhana hanya menggunakan apa-apa sahaja peralatan yang ada untuk mengasah bakat mereka.

Sesetengah mereka, ada juga yang terpaksa ‘melepaskan’ bakat dimiliki, membiarkan ia terkubur kerana menghadapi pelbagai kekangan hidup.

Pun begitu, ada juga yang memilih untuk menggunakan kreativiti, mencuba menggunakan apa yang ada di rumah supaya bakat yang dimiliki itu dapat digunakan.

BACA: Pemain Drum Kumpulan Muzik Terkenal, Foo Fighters Meninggal Dunia

Set drum tong, dari bahan kitar semula

Kredit: thatwasitik/Facebook

Seperti yang dilakukan oleh seorang pemuda di Facebook thatwasitik, di mana dia berkongsi satu video memaparkan dirinya sedang bermain set dram.

Uniknya rakaman ini, lelaki tersebut menggunakan set dram yang berlainan daripada yang lain, iaitu daripada beberapa barangan kitar semula.

Tidak seperti yang lain, set dram itu boleh dikatakan istimewa susulan tiada siapa yang dapat memilikinya seperti yang dijual di kedai.

Hanya menggunakan baldi, tong dan beberapa perkakasan memasak ia mampu dijadikan sebagai alatan muzik.

Walaupun set tersebut merupakan barangan yang diperbuat daripada plastik namun ia mampu menghasilkan rentak dan alunan yang merdu.

Pada permulaan video, lelaki tersebut duduk dan mula menyusun set dram tersebut sebelum mula bermain.

Lelaki tidak berbaju itu turut memasang lagu Toxicity daripada kumpulan metal Amerika Syarikat, System of a Down.

Dia mula memukul set dram itu mengikut rentak lagu tersebut dan kelihatan sangat menikmati setiap pukulan yang dibuat.

Selama tiga minit 44 saat, dia bermain tanpa melakukan sebarang kesilapan dan berjaya melengkapkan lagu tersebut sehingga tamat.

Rakaman itu kemudiannya mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata warga maya memuji kemahiran yang ditunjukkan olehnya.

Lelaki tersebut berjaya membuktikan walaupun tidak mempunyai barangan atau peralatan yang betul, namun sekiranya mempunyai kreativiti tiada apa yang dapat menghalang seseorang untuk melakukan perkara yang disukai.

Sumber: thatwasitik/Facebook

BACA: Ketahui Jenis Ubat-ubatan Yang Perlu “Standby” Di Rumah Anda

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana