Siakap Keli
malaysia negara terbaik pelajari islam
Kredit: TikTok

Orang Luar Kagum, “Malaysia Negara Terbaik Untuk Belajar Tentang Islam”

Orang Luar Kagum, “Malaysia Negara Terbaik Untuk Belajar Tentang Islam”

Seorang pencipta kandungan dari luar negara, Ekaterina mengakui kagum dengan kelebihan yang ada pada Malaysia.

Menerusi salah satu videonya di TikTok (@gomalaysia), wanita tersebut menganggap Malaysia merupakan sebuah negara terbaik bagi sesiapa yang mahu mempelajari tentang Islam.

Dia seterusnya berkongsi beberapa aktiviti Islamik melibatkan beberapa penceramah agama dari luar negara yang pernah berlangsung di negara ini.

Ekaterina secara peribadi mengakui pernah menghadiri ceramah yang disampai oleh Omar Suleiman di Selangor.

“Baru-baru ini, saya baru sahaja menghadiri ceramah Omar Suleiman di Shah Alam,” katanya.

Untuk makluman, Omar Suleiman tersenarai dalam CNN’s Top 25 Muslims American Change Makers. Pendakwah asal New Orleans, Amerika Syarikat menyambung pelajaran di IIUM, Kuala Lumpur dan telah melengkapkan pengajian PhD.

Beliau melengkapkan pengajian akademik tersebut di Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam dan Sains Kemanusiaan Abdul Hamid Abu Sulayman (AHAS KIRHS)

Selain Omar, Malaysia turut dikunjungi beberapa figura terkemuka dalam bidang dakwah secara global. Antaranya, Dr. Haifaa Younis dan Yasmin Migahed yang dijangka bakal bertemu dengan rakyat Malaysia pada bulan depan.

Dasar kerajaan Malaysia yang menggalakkan aktiviti dakwah

Selain itu, Ekaterina turut menampilkan beberapa sedutan ucapan daripada Perdana Menteri Malaysiam Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkenaan penerimaan negara tersebut terhadap aktiviti-aktiviti dakwah.

“Malaysia merupakan sebuah masyarakat terbuka. Alhamdulillah, suasana ini bersifat agak demokratik,”

Secara umumnya, pendedahan ilmu dari luar ini akan menjadikan pemikiran masyarakat lebih terbuka dan berfikir dengan lebih kritis dan kreatif.

Ini turut membantu rakyat Malaysia untuk mengenali antara satu sama lain, tanpa mengenal bangsa, etnik dan agama dan menerima persamaan dan perbezaan antara satu sama lain.

“Ini yang menjadikan Malaysia sebagai tempat yang terbaik di dunia untuk mempelajari lebih banyak perkara mengenai Islam,” katanya lagi.

Mengakhiri video tersebut, pencipta kandungan berkenaan berpendapat Malaysia sedang memainkan peranan yang penting dalam membantu komuniti Islam berkembang.

@gomalaysia

Malaysia is helping out the Muslim community to grow 🙏🤲🇲🇾 #malaysia #malaysiatrulyasia #islam #welcometoislam #shahalam #omarsuleiman #faithevents #amazingmalaysia #islamic_media #muslimtiktok #omarsuleimanofficial #drhaifaayounis #yasminmogahed @faitheventsmy @Omar Suleiman Official #madani

♬ original sound – Go Malaysia!

BACA: Kajian Dapati Individu Kerap “Up” Gambar Selfie Dengan Pasangan Mungkin Tak Sebahagia Disangkakan

Sumber: gomalaysia via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma