Siakap Keli
inara royalti lagu
Kredit: Voi

Inara Rusli Tuntut Hak Royalti Lagu Surat Cinta Buat Starla

Inara Rusli Tuntut Hak Royalti Lagu Surat Cinta Buat Starla

Bekas isteri penyanyi Virgoun, Inara Rusli dilaporkan melakukan tuntutan hak royalti untuk beberapa buah lagu yang dicipta bersama bekas suaminya, lapor detikHot.

Menurut peguam yang mewakili Inara, Arjana Bagaskara, tuntutan itu dibuat kerana ia termasuk dalam harta bersama selain lagu tersebut dicipta selepas mereka bergelar suami isteri.

“Masih diperjuangkan, masih berlangsung.

“Kalau royalti kan masuk harta bersama, jadi kena tunggu keputusan hakim,” katanya ketika ditemui di Studio Pengadilan Agama Jakarta Barat, pada Rabu.

Menurut Inara atau nama sebenarnya, Ina Idol rusli, keputusan tersebut dibuat atas dasar mahu menuntut sebahagian yang dikatakan sebagai harta sepencarian.

“Ya (akan menuntut royalti lagu), dalam Kompilasi Hukum Islam ada harta bersama. Harta bersama ini diperoleh setelah nikah.

Virgoun ada mencipta lagu bersama Inara dan ini boleh menjadi harta bersama,” jelas Arjana lagi.

Difahamkan, terdapat sebanyak tiga buah lagu yang akan dituntut antaranya ialah lagu hit, Surat Cinta Buat Starla.

“Lagu Surat Cinta Buat Starla termasuk dalam tiga buah lagu yang akan dituntut,” ujarnya.

Arjana kemudiannya menjelaskan mengenai mekanisme berhubung tuntutan royalti yang bakal dilalui oleh wanita berusia 30 tahun itu.

Jelasnya, Inara akan menerima 50 peratus royalti daripada ketiga-tiga lagu itu.

“Hak royalti sebanyak 50 peratus akan diberikan kepada anak guam saya,” tambahnya.

BACA: Ibu Virgoun Tak Puas Hati Wang Bulanan Bekas Menantu Beri Tak Cukup

Virgoun lapor Inara kepada polis

Sebelum ini, media melaporkan, Virgoun telah mengambil tindakan undang-undang kepada Inara berhubung dakwaan kes zina yang dilaporkan olehnya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Sandy Arifin, peguam Virgoun.

Pun begitu, dia enggan untuk mengulas lebih lanjut dan hanya melaporkan berkaitan tindakan yang diambil.

“Yang pasti anak guam kami, Virgoun telah membuat laporan secara rasmi kepada Inara,” katanya.

Sandy berkata laporan tindakan itu telah dibuat kira-kira sebulan lalu di balai polis berdekatan.

Laporan tersebut dibuat atas sebab dakwaan itu telah memberikan impak buruk kepada imej penyanyi lagu Surat Cinta Buat Starla itu.

Sumber: detikHot

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana