Siakap Keli
perubahan gabungan mb timbalan mb kelantan
Gambar: BERNAMA

PAS Umum Perubahan Gabungan MB & Timbalan MB Kelantan

PAS Umum Perubahan Gabungan MB & Timbalan MB Kelantan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melalui satu kenyataan sebentar tadi mengumumkan beberapa perkembangan terbaru, hasil Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS.

Menerusi mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, PAS mencadangkan tawaran kepimpinan kerajaan di tiga buah negeri dikuasainya bersama PN kepada para pengundi.

Menurut Setiausaha Agung PAS, YB Takiyuddin Hassan, PAS mengambil keputusan mengekalkan Menteri Besar Kedah dan Terengganu.

Namun begitu, ia tertakluk kepada mandat rakyat dalam PRN nanti dan ampun perkenan daripada KDYMM Tuanku Sultan kedua-dua negeri.

PAS umum perubahan gabungan MB dan Timbalan MB Kelantan

Manakala bagi Kelantan pula, PAS akan melakukan perubahan kepada gabungan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar.

”PAS mengemukakan gabungan kepimpinan baharu iaitu seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknorat,” katanya.

Keputusan tersebut turut tertakluk kepada mandat rakyat sekiranya PAS menang PRN nanti dan ampun perkenan daripada KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan.

”PAS dengan ini menyeru semua pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada esok hari, Sabtu 12 Ogos 2023,” katanya lagi.

Menteri Besar semasa di ketiga-tiga negeri itu dan Timbalan Menteri Besar di Kelantan merupakan ADUN daripada PAS.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar merupakan Menteri Besar Terengganu yang ke-15 dan mula memimpin negeri itu sejak 2018.

Manakala Dato’ Seri Muhammad Sanusi Bin Mohd Nor pula adalah Menteri Besar ke-14 yang memimpin negeri Kedah.

Di Kelantan, Menteri Besarnya adalah Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob dan Dato’ Mohd Amar Bin Abdullah bertindak sebagai Timbalan Menteri Besar.

Esok, pengundi yang layak mengundi akan keluar mengundi bagi memilih ADUN lokaliti masing-masing untuk mengisi kerusi di DUN masing-masing.

Enam negeri yang terlibat dalam PRN kali ini adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

PRN itu diadakan berasingan dengan PRU 15 yang berlangsung pada tahun lepas selepas pucuk pimpinan negeri-negeri tersebut mengambil keputusan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing.

BACA: Dr Zulkifli Kongsi Panduan Ringkas Nak Pilih Calon Terbaik Masa Mengundi Pilihan Raya

Sumber: PAS Pusat

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma