Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tips jaga gearbox kereta
Gambar: Germain Honda Of Ann Arbor

Wajib Tahu, Ini Tips Jaga “Gearbox” Kereta Jenis CVT Agar Tahan Lama 

Iqbal Yasir

Wajib Tahu, Ini Tips Jaga “Gearbox” Kereta Jenis CVT Agar Tahan Lama

Kereta merupakan kenderaan paling banyak digunakan oleh orang ramai. Hal ini kerana ia bersifat mesra pengguna dan boleh digunakan dalam pelbagai waktu dan cuaca.

Umumnya, kenderaan bertayar empat ini mempunyai dua jenis transmisi gear iaitu manual dan automatik (auto). Antara dua jenis gear ini, rata-rata orang ramai lebih memilih untuk membeli kereta jenis auto khususnya yang tinggal di kawasan bandar.

Bagi gearbox jenis automatik juga mempunyai pengkelasannya seperti Conventioal Automatic Transmission (AT), Automatic Manual Transmission (AMT), Dual-Clutch transmission (DCT) dan Continuously Variable Transmission (CVT).

Hampir setiap hari pastinya kita akan menggunakan kenderaan ini, namun pemanduan yang kurang tepat boleh menyebabkan gearbox kereta mudah rosak.

Oleh itu, hari ini, pihak SK akan berkongsikan tips penjagaan gearbox kereta agar tahan lebih lama khususnya kereta jenis CVT. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Abdul Kamat di bawah. Semoga bermanfaat.

Tips & Pantang Larang Gearbox Kereta Jenis CVT Agar Tahan Lama

Salam, saya sebagai mekanik yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah gearbox nak share beberapa perkara atau tips yang boleh memanjangkan jangka hayat gearbox.

Walaupun saya dapat rezeki dari hasil baik pulih gearbox, kadang-kadang ada terdetik jugak rasa kesian pada owner-owner kat luar sana yang kereta baru je habis warranty terus gearbox bermasalah lagi-lagi model gearbox yang menggunakan transmisi “CVT”.

RPM tinggi

Make sure pagi-pagi kasi engine panas dulu dalam 1-2 minit. Kalau korang perasan, bila kereta baru start, jarum rpm akan naik lebih dari 1 ribu. Make sure jarum rpm turun ke 1 ribu atau 800. Andai kata rpm lebih seribu korang terus masuk gear, akan berlaku sentapan sedikit pada gearbox.

BACA JUGA: Boleh Buat Sendiri, Ini 5 Tips Jaga Radiator Kereta

Sentapan ni korang takkan rasa sangat, tapi bila dah hari-hari buat lama-lama gigi gear terhakis sedikit demi sedikit. Andai kata nasib tak baik, masuk gear jadi Free terus.

Cara pemanduan

Cara pemanduan ni paling kena jaga lagi-lagi gearbox “CVT”. Untuk gearbox “CVT” ni korang rasa macam bawak scooter. Tak ada rasa langsung penukaran gear sebab gearbox ni takda gear. Dia pakai rantai besi “steel belt” dan dua jenis pulley iaitu “Primary Pulley” dan “Secondary Pulley”. Dua biji pulley ni disambungkan oleh steel belt.

BACA JUGA: Guna Tiga Bahan Je, Ini Cara Mudah Nak Hilangkan “Watermark” Pada Cermin Kereta

Jadi kat sini ramai yang tak tahu cara pemanduan yang sebetulnya lagi-lagi time kat traffic light. Asal lampu hijau terus menekan. Cara yang paling betul adalah sewaktu nak memulakan perjalanan (letak gear D). Make sure lepaskan brek bagi kereta jalan dulu dalam 1-2 saat baru tekan minyak sebab rantai besi (steel belt) dia akan mengembang slow-slow ikut kelajuan kereta.

Andai kata terus pedesup tekan minyak, tali besi tu akan tersentak.(macam korang kayuh basikal lah.Kalau awal-awal terus nak kayuh laju mesti rantai basikal tu tersentak punya) dan lagi satu jangan kerap sangat naik bukit yang curam sebab gearbox CVT tak mampu tampung pressure lama-lama. Kalau Cameron tu gagah lagi..kalau hari-hari nak naik Genting sendiri paham la labu.

Service minyak gearbox

Yang ni kalau customer mengadu gearbox problem memang saya selalu perasan. Dekat sticker milage untuk next service selalunya 30k hingga 40k km. Next service 40k memang boleh TAPI untuk kereta “baru” keluar kilang je. Kereta baru memang boleh lajak service smpai 40k. Tapi kereta kita makin lama jadi kereta “lama” bukan makin lama jadi kereta “baru” yedok.

So, seeloknya 20k wajib service minyak gearbox sebab gearbox auto ni lemah dengan temperature panas. Gearbox ni ada laluan keluar dan masuk ke oil cooler (sistem penyejuk). Minyak dalam gearbox akan bawa haba panas tu pergi ke oil cooler. Selepas disejukkan minyak tu akan masuk balik dalam gearbox.

Itu lah perjalanan dia sampai kiamat, tapi bila minyak terlalu lama tak tukar (lebih dari 20k), kualiti minyak tu jadi teruk sehingga tak mampu nak bawa haba panas tu ke oil cooler. So haba panas banyak terperangkap dalam gearbox. Tu yang jadi kes minyak jadi hitam dan bau hangit sebab clutch terbakar. Sebelum terlupa, auto filter setiap 2 kali penukaran minyak gearbox kasi tukar na.

BACA JUGA: Buat Empat Cara Ni Kalau Nak Aircond Rumah Tahan Lama

Jadi itu ja tips yang dapat saya kongsi berdasarkan pengalaman. Semoga info ni bermanfaat pada korang semua. Salam.

Jap geng, saya hampir terlupa yang keempat.

Gear R masuk D

Yang ni 99 peratus mesti ada yang pernah buat or terbuat. Time reverse keluar dari petak parking, kereta tak berhenti sepenuhnya lagi terus masuk gear D. Sepatutnya make sure kereta betul-betul berhenti barulah tukar gear tu.

Kalau menjadi kebiasaan, lama-kelamaan gigi gear terhakis sampai boleh jadi botak kerana gigi gear tu tak sempat nak berhenti terus dipaksa ubah arah pusingan. Kalau nasib cun gear reverse boleh masuk tapi kena pijak minyak rpm tinggi baru jalan. Nasib tak cun reverse jadi kosong.

Jadi ubah sikap tersebut. Lantaklah orang nak hon ke apa sebab keluar parking slow-slow. Kereta jahanam bukan diorang yang bayarkan yedok.

Sumber: Abdul Kamat Via Facebook Kumpulan Saga VVT Motorsport Club (SVVTMC)