Siakap Keli
agong pesawat terhempas
Gambar: Bernama

Agong Cemar Duli, Tinjau Lokasi Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina

Agong Cemar Duli, Tinjau Lokasi Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina

SHAH ALAM, 17 Ogos (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli meninjau lokasi kejadian pesawat ringan yang terhempas berdekatan  Bandar Elmina dekat sini, hari ini.

Al-Sultan Abdullah tiba sekitar 5.40 petang dan diberi taklimat oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengenai nahas berkenaan di pusat operasi di lokasi kejadian.

Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail.

BACA JUGA: Pesawat Terhempas Di Elmina: Penunggang Motosikal Dipercayai Antara Yang Terkorban

Seri Paduka Baginda turut berkenan berbual dengan keluarga mangsa untuk menenangkan mereka.

Terdahulu, Hussein mengesahkan 10 individu maut dengan lapan daripadanya merupakan penumpang dan kru pesawat.

Dua daripada  mangsa adalah orang awam yang masing-masing menaiki sebuah kereta dan sebuah motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat berkenaan terhempas.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?