“Band” Rock Amerika, The Killers Tinggalkan Pentas, Kena Cemuh Dengan Peminat
Kumpulan rock Amerika The Killers dilaporkan meninggalkan pentas tanpa ucap selamat tinggal ketika membuat persembahan dalam sebuah konsert di Batumi pada Isnin lalu selepas dicemuh oleh peminat, lapor RT.
Kumpulan itu dilaporkan dicemuh peminat dari Georgia yang tersinggung dengan kata-kata vokalis kumpulan itu yang menyatakan mereka juga bersaudara dengan warga Rusia.
Ketika persembahan mereka di Black Sea Arena itu, vokalis utama Brandon Flowers dikatakan telah melihat seorang peminatnya memegang sepanduk dan menunjukkan ke arahnya.
Sepanduk itu tertulis: “Jika takdir menyebelahi saya, saya akan menjadi pemain dram anda malam ini.”
The Killers yang mempunyai tradisi unik di mana mereka sering menjemput peminatnya untuk memainkan lagu bersama di atas pentas telah menjemput peminat tersebut untuk naik ke pentas.
“Lelaki ini adalah orang Rusia. Adakah anda okay dengan orang Rusia datang ke sini? Saya okay saja dengannya,” kata Brandon dalam video yang tular di media sosial.
Bagaimanapun, beberapa peminat tidak bersetuju dan mula mencemuh kumpulan itu dengan melaungkan cemuhan anti-Rusia.
Malah segelintir peminat turut dilihat keluar dari arena sebagai tanda protes kepada tindakan kumpulan tersebut.
“Kita semua adalah adik beradik”
Selepas memainkan lagu itu, Brandon memberitahu peminat bahawa semua peminat Killers adalah bersaudara.
Kata-kata itu dilihat seperti menyimbah minyak ke dalam api kerana ia telah memburukkan lagi keadaan ketika itu.
V Gruzii na koncertu The Killers pozval zpěvák na pódium fanouška z Ruska. Výsledkem bylo, že publikum vypískalo účinkující a ač se kapela snažila situaci napravit, někteří i opustili koncert.
Navíc místní stanice Radio Tbilisi již oznámila, že písně této skupiny nebude pouštět. pic.twitter.com/PTATDoxOzY
— Martin (@Qope87) August 15, 2023
“Awak nak pecah belahkan orang ramai? Saya bukan abang awak? Datang dari Amerika, saya bukan abang awak?” kata Brandon lagi.
“Saya melihat awak sebagai adik-beradik saya,” kata Brandon lagi.
Just stumbled across this video on ig pic.twitter.com/VVdJfioN2C
— ania (@battleiswon) August 15, 2023
The Killers bagaimanapun menghabiskan keseluruhan persembahan mereka dan terus meninggalkan pentas tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada penonton.
After the incident, part of the audience left in protest, others boo-ed, and according to some of the people who attended the concert, The Killers left the stage without saying goodbye to the audience.
Video: Mariam Rigvava. https://t.co/Q8yBazB3A7 pic.twitter.com/ZosbrTqy7H— Mariam Nikuradze (@mari_nikuradze) August 15, 2023
BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma
Susulan kejadian itu, The Killers kemudiannya menyatakan permohonan maaf mereka.
Menurut kenyataan itu, mereka tidak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa, dan menyedari memanggil peminatnya sebagai saudara adalah salah.
“Kami tidak bermaksud untuk menyusahkan sesiapa dan kami memohon maaf. Kami berdiri bersama anda dan berharap untuk kembali tidak lama lagi,” tulis kumpulan itu menerusi ciapan mereka.
American rock band The Killers walks off the stage at a concert in Batumi after the Georgian crowd took offense at the suggestion they were 'brothers and sisters' with Russians who are also fans of the group
Details: https://t.co/mQylcmYVgq pic.twitter.com/YEf2KFd4ey
— RT (@RT_com) August 16, 2023
Sumber: RT