One Piece Pecah Rekod Dunia Sendiri, Berjaya Jual 500 Juta Salinan Manga
Populariti siri anime dan manga berasal dari Jepun, One Piece nyata kekal utuh biarpun sudah berada di pasaran sejak tahun 90-an lagi.
Menurut One Sport, siri ciptaan Eiichiro Oda itu berjaya memecahkan rekod dunia yang dipegangnya sendiri selama ini. Rekod tersebut dipecahkan apabila berjaya menjual lebih 500 juta salinan manga One Piece di seluruh dunia.
Diterbitkan sejak 1997, Oda buat mencatatkan rekod tersebut buat kali pertama lapan tahun lalu apabila manga One Piece terjual sebanyak 320 juta salinan setakat 2014.
Seterusnya, karya Oda itu berjaya terjual sebanyak sebanyak 416,566,000 salinan setakat Julai 2022. Jumlah berkenaan adalah salinan bercetak dan salinan digital yang terjual di Jepun sahaja.’
Bagaimanapun, karya Oda itu turut laku keras di luar negara apabila lebih 100 juta salinan turut terjual di seantero dunia. Secara keseluruhan, lebih 500,000,000 salinan manga One Piece terjual sejak dilancarkan sekaligus mencatatkan rekod dunia buat kali kedua.
One Piece pecah rekod dunia sendiri
【特報】
『ONE PIECE』の世界累計発行部数が5億冊を突破しました!
そして「最も多く発行された単一作者によるコミックシリーズ」として、ギネス世界記録を更新!公式認定証を頂きました。
みなさんのおかげです。これからも、よろしくお願いします!#ONEPIECE#ギネス世界記録 pic.twitter.com/3d7t5hQQcX
— ONE PIECE スタッフ【公式】/ Official (@Eiichiro_Staff) August 4, 2022
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh salah seorang staf produksi One Piece. Staf tersebut turut menjadi wakil menerima pengiktirafan diberikan oleh Guinness World Records.
Walau bagaimanapun, memang tidak dapat dinafikan bahawa populariti One Piece kekal tinggi biarpun siri itu sudah berusia lebih daripada 20 tahun.
Peminat-peminat One Piece berada di serata dunia dan terdiri daripada pelbagai usia, yang rata-rata mula menonton siri ini sejak usia kecil lagi.
Jadi, tidak hairanlah walaupun sudah meningkat dewasa, ramai yang masih ‘terikat’ kerana karya Oda ini sudah menjadi sebahagian daripada memori mereka.
Untuk pengetahuan. pembaca, One Piece mengisahkan pengembaraan sekumpulan lanun yang diketuai oleh Monkey D. Luffy.
Bagi memenuhi impiannya menjadi Raja Lanun, Luffy bersama anggota kumpulannya menjelajah Grand Line untuk mencari pulau terakhir dikenali Laugh Tale. Disitu, tersimpan harta karun milik Raja Lanun, Gol D. Roger yang dikenali sebagai One Piece.
One Piece pertama kali dilancarkan pada 1997 sebagai manga sebelum versi anime menemui penonton dua tahun kemudian.
Selepas dua dekad, One Piece menjadi salah satu siri anime paling lama ditayangkan sehingga ke hari ini, meliputi lebih 20 musim dan lebih 1,000 episod.
Terbaharu, siri adaptasi live-action One Piece oleh Netflix bakal menemui penonton tidak lama lagi.
BACA: Lagi Rakaman Tular, Lebih Jelas Rakam Detik-detik Pesawat Terhempas Di Elmina
Sumber: One Sport