Siakap Keli
pesawat terhempas anwar
Gambar: Bernama & Fb Anwar Ibrahim

Pesawat Terhempas: PM Anwar Rakam Ucapan Takziah

Pesawat Terhempas: PM Anwar Rakam Ucapan Takziah

SHAH ALAM — Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam petang tadi.

Anwar dalam satu hantaran di akaun Facebook rasmi miliknya mendoakan agar kesemua ahli keluarga mangsa tabah menghadapi musibah yang berlaku.

“Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi pesawat di Elmina, Shah Alam petang tadi.

“Mendoakan semoga kesemua mereka tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah,” katanya di platform berkenaan.

Ahl Politik Ucap Takziah Dalam Nahas Di Elmina

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari menzahirkan rasa sedih terhadap mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam petang tadi.

Beliau berkongsi perkara itu dalam satu hantaran di Facebook rasmi miliknya.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian tragik nahas pesawat ringan di Shah Alam petang ini.

“Semoga ahli keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapi ujian ini,” katanya.

Tambah Ahli Dewan Negeri Sungai Tua itu menasihati semua pihak untuk tidak menyebarkan imej mangsa dan menimbulkan sebarang spekulasi tidak berasas bagi menghormati keluarga mangsa.

BACA JUGA: Pesawat Terhempas Di Elmina: 10 Lelaki Disahkan Maut

Turut berduka dengan tragedi pesawat ringan itu adalah Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

“Saya juga turut merakamkan dukacita kepada mangsa-mangsa nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam.

“Antara yang turut terlibat Juruterbang Shahrul Kamal & Heikal Aras. Begitu juga kepada penumpang Khairil Azwan Jamaluddin, Shaharul Amir, Mohamad Naim, Muhammaad Taufiq dan Ustaz Idris.

“Begitu juga kepada orang awam yang turut menjadi nahas kemalangan ini,” maklumnya di Facebook.

Beliau mendoakan kesemua roh mangsa yang terlibat dalam nahas itu mendapat rahmat daripada Allah SWT dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

“Salam Takziah, saya panjatkan doa agar semoga Allah SWT merahmati roh mangsa nahas dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Semoga keluarga terus tabah dan diberikan kekuatan menghadapi ujian ini.” ucapnya.

Maklum Young Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara, beliau juga amat bersedih dengan kehilangan salah seorang rakan seperjuangan, Dato’ Sri Johari Harun yang merupakan EXCO Pahang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai.

“Saya amat bersedih dengan kehilangan ini. Baru sahaja 2 hari lepas, saya bersama Allahyarham Dato’ Sri Jo berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan di rencanakan kelak,” tulisnya lagi.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?