Siakap Keli
PM Anwar melawat keluarga mangsa nahas pesawat
Kredit TikTok/@sampoisgt

PM Anwar Gagal Tahan Sebak, Air Mata Menitis Ketika Melawat Keluarga Mangsa Nahas Pesawat

PM Anwar Gagal Tahan Sebak, Air Mata Menitis Ketika Melawat Keluarga Mangsa Nahas Pesawat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mengesat air matanya menggunakan sapu tangan ketika melawat keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina sebentar tadi.

Kejadian itu berjaya dirakam oleh pengguna dan kemudian memuat naiknya di TikTok @sampoisgt.

Lawatan keluarga mangsa itu dibuat Anwar di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada tengah hari tadi.

Lawatan itu turut diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. Selain itu, lawatan itu turut diiringi oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Menerusi perkongsian video tersebut, Anwar pada awalnya dilihat berjumpa dengan keluarga mangsa nahas dan bersalaman dengan mereka.

Beliau turut dilihat meluangkan masa mendengar luahan kaum keluarga mangsa nahas dengan teliti dan cuba memberikan kata-kata semangat kepada mereka.

Di akhir lawatan itu, Anwar dilihat tidak dapat menahan kesedihan sebelum mengambil sapu tangan dari poketnya lalu mengesat air matanya.

Anwar difahamkan sepatutnya dijadualkan ke Sri Petaling untuk menunaikan solat Jumaat dan makan tengah hari bersama para jemaah, namun membatalkan rancangan tersebut dan terus bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

“Maaf teman-teman di Sri Petaling. Saya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan kemudian akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimiah, Klang,” tulisnya di Twitter.

Lawatan Anwar itu jelas menunjukkan bahawa beliau turut terkesan dengan kejadian yang menimpa keluarga mangsa nahas itu.

@sampoisgt

♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Pemandu Grab Sempat Bergurau Manja Dengan Isteri Sebelum Pergi Selamanya

Seorang pemandu Grab yang dipercayai merupakan salah seorang mangsa nahas pesawat terhempas sempat bergurau manja dengan isteri sebelum meninggal dunia.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Hazwani Hamdan yang mendakwa dirinya merupakan saudara terdekat kepada mangsa.

Menurut perkongsian itu, pada awalnya mereka tidak mengetahui tentang identiti pemandu Grab yang menjadi mangsa dalam nahas tersebut.

BACA: Pesawat Terhempas Di Elmina: Penunggang Motosikal Dipercayai Antara Yang Terkorban 

“Ya Allah. Mami seharian duk ulas-ulas pasal nahas pesawat kat Elmina dengan dedi dari petang kelmarin lagi.

“Tiba-tiba pagi tadi dedi (suami) dapat berita, pemandu e-hailing Grab yang turut sama terkorban dalam nahas tu orang yang kami kenal. Al- Fatihah Pokcik Din,” tulis perkongsian Hazwani tersebut.

Mangsa yang mesra disapa sebagai Pokcik Din oleh Hazwani adalah merupakan suami kepada ibu saudara sebelah suaminya.

“Pokcik Din tu suami kepada ibu saudara dedi (suami). Ya Allah Ya Rahman. Ketor tangan nak terima berita berat ni,” tulis Hazwani yang tidak mempercayai berita yang diketahuinya itu.

Sumber: TikTok/@sampoisgt

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka