Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Pinggang Tak Sakit, Lelaki Ajar Cara Betul Angkat Beg Berat Elak Tercedera

Nurhanis
Cara Betul Angkat Beg Berat
Kredit: @aznanordin/TikTok
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Pinggang Tak Sakit, Lelaki Ajar Cara Betul Angkat Beg Berat Elak Tercedera

Apabila pergi berkhemah atau mendaki selama beberapa hari di hutan, terdapat banyak barang yang dirasakan perlu dibawa.

Lebih-lebih lagi sekiranya tempat tersebut memerlukan seseorang untuk berjalan jauh memasuki ke pelusuk hutan, yang menyukarkan untuk keluar mencari barang keperluan.

Kebiasaannya hanya satu beg sahaja yang dibawa supaya pendaki tidak mengeluarkan banyak tenaga dalam membawa barang.

Jadi apabila beg berat, kebanyakan daripada kita akan terasa sakit badan kerana tidak tahu cara yang betul untuk mengangkatnya.

Namun selepas ini tidak perlu risau kerana, cara yang betul dalam mengangkat beg berat ada diajar oleh @aznanordin di TikTok.

Difahamkan, cara ini diajar supaya dapat mengelakkan berlakunya kecederaan di bahagian tulang belakang.

Pengajar tersebut berkata perkara ini perlu diambil tahu supaya pendaki tidak akan sakit tulang belakang atau bahu selepas pulang dari pendakian.

Kemungkinan ramai yang tidak tahu mengenai cara tersebut, jadi mari ikuti langkah-langkah yang diberikan dalam mengangkat beg berat.

BACA: Sebelum Berkhemah & Mandi, Ini Cara Kenal Pasti Bahaya Air Sungai

Cara angkat beg berat

Pertama sekali, buka kedua-dua kaki sedikit luas. Letakkan dan rapatkan beg itu di kaki.

Kredit: @aznanordin/TikTok

Kemudian pegang pemegang beg tersebut dan tarik ia naik ke atas.

Kredit: @aznanordin/TikTok

Beg tersebut akan diletakkan di bahagian paha. Semasa beg itu berada di paha, posisi badan perlu berada dalam keadaan stabil di mana lutut akan membengkok bagi menahan beg tersebut.

Kredit: @aznanordin/TikTok

Selepas itu, masukkan sebelah tangan dan pastikan pemegang beg itu berada di bahu sebelum ia berada di belakang badan.

Semasa melakukan perkara ini, tubuh badan mestilah membengkok ke hadapan untuk memastikan beg tersebut tidak jatuh ke belakang.

Kredit: @aznanordin/TikTok

Sekiranya badan berada dalam keadaan tegak semasa menolak beg ke belakang badan, kemungkinan besar akan jatuh dan membuatkan pinggang patah.

Seterusnya, masukkan tangan sebelah lagi sewaktu postur badan sedang membengkok.

Pastikan badan berada dalam keadaan selesa dan ketatkan pemegang beg tersebut semasa badan membengkok.

Kredit: @aznanordin/TikTok

Apabila badan dan bahu berada dalam keadaan selesa, barulah berdiri tegak.

Bagi memastikan pinggang dan tulang belakang tidak sakit selepas membawa beg berat, pastikan bahagian bawah beg itu berada di pinggang dan bukannya punggung.

Kemudian, boleh bergerak meneruskan pendakian.

Semoga bermanfaat.

Sumber: @aznanordin/TikTok

BACA: Akaun SSPN: Dewasa Pun Boleh Simpan Duit, Ini Caranya