Siakap Keli
kucing pasang lampu rumah
Kredit: TikTok

Tular Kucing Buat Kerja Sambilan, Tolong “Repair” Lampu Rumah Tuan

Tular Video Kucing Buat Kerja Sambilan, ‘Pasang’ Lampu Rumah Tuannya

Kucing merupakan merupakan haiwan peliharaan yang lazim bagi isi rumah di Malaysia. Kebiasaannya, haiwan ini memberikan kegembiraan kepada tuannya menerusi gelagatnya yang sangat comel dan manja.

Pada masa yang sama, haiwan berbulu ini ada kalanya juga tidak pernah terlepas dari memberikan rasa sakit kepala kepada tuannya. Ada saja ragam dan perangai setiap hari yang membuatkan kita sendiri rasa terkedu.

Kadang-kadang, si bulu ini boleh menjadi perosak perabot rumah, buang air besar atau kecil bukan ditempat disediakan dan pelbagai lagi.

Selain itu, kucing di Malaysia juga sering dianggap berperangai seperti majikan. Serba-serbi ditanggung tuan dan hidup kucing ini dirumah pula hanya untuk bermalas-malasan.

Lawan hukum alam. Kucing ini ‘berkerja’ sebagai juruteknik, ‘pasang’ lampu bilik di rumah tuannya

Namun berbeza dengan seekor kucing ini, keletahnya seakan melanggar hukum alam namun apa yang berlaku ternyata melucukan.

Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Yannazack (@annezack6), berkongsi sedikit ‘aktiviti’ yang dilakukan oleh kucingnya di rumah baru-baru ini.

Pada awal video yang berdurasi 16 saat, kucing dilihat sedang berdiri di atas peti sejuk dan sedang mencapai mentol lampu pada siling rumah.

Mentol berkenaan pada asalnya berada dalam keadaan tidak hidup atau tidak menyala.

Kucing tersebut kemudian menyentuh mentol tersebut beberapa kali.  Pada awalnya, lampu tersebut hanya berkelip untuk seketika, seperti lampu yang bermasalah.

Namun, siapa sangka berkat kemahiran dimiliki juruteknik berbulu comel ini, mentol berkenaan akhirnya menyala seperti sedia kala.

“Nasib baik ada pengalaman tiga tahun.”.

Selepas lampu tersebut menyala, kucing tersebut ‘menatap’ hasil kerjanya dengan sangat bangga.

@annezack6

repair mentol ke bang 🤭😂😅😺😺😺😺#kucing #miow #catlover #funnycat #nasiblabulabi #kerjakeras

♬ Selagi belum tutup mata KERJA KERJA KERJA – 𝙁𝙧𝙖𝙯𝙤𝙧𝙍𝙖𝙯™

Video kucing tersebut telah meraih perhatian warga maya apabila meraih sebanyak 922.9k jumlah tontonan di TikTok. Pada masa yang sama, hantaran tersebut meraih 72.7k likes dan 1587 komen.

Rata-rata, warga TikTok merasa terhibur dengan gelagat juruteknik comel itu. Mereka juga turut terkesima dengan ‘kemahiran teknikal’ yang dimiliki kucing tersebut.

“Untunglah kucing dia boleh buat kerja.. kucing kita makan tidur berak makan tidur,” komen pengguna Tiktok.

“Patutlah saya dibuang kerja. Ini rupanya staf baru ambik alih,” gurau seorang pengguna lain.

“Kenal dia ni.. dulu dia ambik course Electrical engineering,” seorang pengguna mendakwa dirinya sebagai ‘kenalan kucing itu sewaktu di kampus’.

BACA: Dilengkapi Sistem Yang Lebih Canggih, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pesawat Tempur F-15EX

Sumber: @annezack6 via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma