Siakap Keli

Percuma Je, Ini Filem & Drama Lokal Yang Ditayangkan Sempena Bulan Kemerdekaan

Bila masuk je bulan kemerdekaan, semangat patriotik pun makin berkobar-kobar. Dengan Jalur Gemilang berbaris di sepanjang jalan & tertancap di atas kenderaan, pemandangan ini pastinya membuatkan kita bersyukur tinggal di negara yang aman.

Semangat patriotik juga dizahirkan dengan mengenang jasa-jasa pejuang dahulu kala serta menghargai karya tempatan. Malah, seiring perkembangan industri, hasil seni tempatan kini semakin kreatif dan berkualiti.

Khas untuk anda yang berjiwa patriot, jom raikan bulan kemerdekaan ini dengan menyokong filem dan drama tempatan secara percuma di platform Viu sepanjang bulan ini.

Untuk makluman, sebanyak 28 filem dan drama kini menanti anda dengan jalan cerita yang unik antaranya Viu Original siri seperti Nenek Bongkok Tiga, Hilang, She Was Pretty dan filem seperti Songlap, Hilang, Roh dan Adiwiraku.

Tangkap layar Nenek Bongkok Tiga.

Bagi penggemar filem komedi pula, anda pasti terhibur dengan filem Nasi Lemak 2.0, Keluarga Baha Don dan Lelaki Harapan Dunia. Bagi peminat Bell Ngasri atau terkenal dengan nama Barkoba, jangan lupa tonton Hantu Van Sewa. Pasti tak kering gusi dibuatnya. 

Sebahagian tangkap layar drama Keluarga Baha Don.

Untuk pencinta muzik rock dan indie pula, anda boleh menyelami perspektif artis dalam filem dokumentari Pekik yang menampilkan selebriti indie tempatan seperti Monoloque, Butterfingers, Hujan, Azmyl Yunor dan Blind Tribe.

Pendek kata, anda takkan kebosanan sepanjang bulan kemerdekaan dengan filem dan drama lokal yang min senaraikan tadi. (Playlist Drama Viu Lokal Lah)

Bukan tu je tau, Viu juga akan belanja anda semua konsert percuma yang bakal menampilkan artis-artis terkenal tanah air antaranya Saixse, Bunkface, MK K-Clique, Kidd Santhe, Radhi OAG dan ramai lagi. Mana lagi nak pergi konsert artis terkenal tanpa bayar apa-apa kan?

Anda juga akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti bermula jam 4 petang manakala live showcase bermula pada jam 8 malam. Tak kurang juga, anda boleh beramah mesra dengan para pelakon Viu seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisha, MK K-Clique, Sophia Albarakbah, Fimie Don, dan ramai lagi pada jam 6 petang. Masa ni lah nak jumpa selebriti kegemaran anda.

Selain itu, anda juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah eksklusif termasuk baucar televisyen Prism+, merchandise Viu dan banyak lagi.

Apa lagi yang tak cukup?

Jadi jangan lupa, angkut sanak saudara dan rakan-rakan anda, mari sama-sama meriahkan Viu Lokal Lah! Live Showcase di Gate Plaza, LaLaport BBCC pada 31 Ogos ni! Acara akan bermula 4pm dan berakhir 10 malam.

Untuk maklumat lanjut, klik sini.

Amira

Love yourself.