Siakap Keli
Ikan puyu berhijrah
Kredit TikTok/@ajarina_

“Ingat Binatang Apa Tadi,” Lelaki Berjaya Rakam Kejadian Ikan Puyu Naik Ke Darat Untuk Berhijrah

“Ingat Binatang Apa Tadi,” Lelaki Berjaya Rakam Kejadian Ikan Puyu Naik Ke Darat Untuk Berhijrah

Semua hidupan di atas muka bumi ini termasuk manusia, haiwan dan tumbuhan memerlukan air untuk meneruskan hidup.

Jika kita tidak mendapatkan sumber air dalam tempoh yang lama, nescaya badan kita akan lemah dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Haiwan seperti ikan sangat memerlukan sumber air terutamanya semasa musim kemarau panjang.

Tidak semua ikan mampu bertahan hidup lama di atas darat tanpa sumber air.

Namun lain pula kisahnya bagi ikan puyu dalam satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @ajarina_ ini.

Video tersebut memaparkan dua ekor ikan puyu sedang berusaha mencari sumber air.

Apa yang menariknya adalah, ikan jenis puyu itu dikatakan sedang berhijrah mencari sumber air yang baharu bagi meneruskan kehidupan.

Perkongsian tersebut dengan pantas telah mendapat perhatian pengguna media sosial tersebut.

Berdasarkan perkongsian video tersebut, lelaki itu pada awalnya dikatakan sedang memotong rumput di sebuah ladang kelapa sawit.

Tidak semena-mena, dia melihat terdapat pergerakan berlaku di sebalik rumput hijau yang tinggi di kebun sawit tersebut.

Kredit TikTok

“Sedap-sedap mesin rumput, tiba-tiba semak goyang. Ingat binatang apa tadi. Rupanya si puyu berhijrah,” tulis tulisan pada muat naik video tersebut.

Lelaki yang teruja dengan penghijrahan dua ekor ikan itu kemudiannya memutuskan untuk merakam kejadian tersebut.

Kredit TikTok

Ikan puyu mampu bertahan hidup lama di atas darat

Ramai yang mengetahui bahawa ikan puyu mampu bertahan hidup di atas darat pada waktu yang lama. Ikan jenis ini sangat tahan lasak dan mampu hidup walaupun dalam keadaan tanah lumpur.

Perkongsian menarik itu turut dipenuhi dengan komen yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“MasyaAllah, dia tahu ke depan tu ada sumber air. Kuat dia punya tawakal untuk hidup,” tulis seorang netizen yang kagum dengan ikan puyu tersebut.

“Hebat ciptaan Allah SWT. Siap boleh bergerak elok lagi atas darat,” tulis seorang lagi yang mengagumi kebesaran Allah.

“First time tahu ni. Jauh ke perjalanan puyu tu berpindah? Yelah dalam keadaan kering tak berair, sempat ke dia sampai,” tulis seorang lagi netizen yang baru mengetahui mengenai penghijrahan ikan tersebut.

@ajarina_

Si Puyu berhijrah. #puyu #peladang #Mesinrumput

♬ Instrument Sholawat Sedih – INDRAGE

Sumber: TikTok/@ajarina_

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.