Siakap Keli
V bts lelaki terkacak dunia 2023
Kredit: Instagram

V BTS Dinobat Sebagai Lelaki Paling Kacak Di Dunia 2023

V BTS Dinobat Sebagai Lelaki Paling Kacak Di Dunia 2023

Idola K-pop sensasi, V BTS atau nama sebenarnya Kim Taehyung telah dinobatkan sebagai lelaki terkacak dunia setakat Ogos 2023.

Oppa kegilaan ramai itu berjaya menduduki tempat pertama dalam carta Top 10 Most Handsome Man in the World yang dikeluarkan TechnoSports baru-baru ini.

V merupakan vokalis kumpulan K-Pop terkenal, BTS yang dilahirkan pada 30 Disember 1995 di Daegu, South Korea. Beliau melakukan debut bersama ahli kumpulan tersebut pada 13 Jun 2013 menerusi lagu No More Dream.

Menurut TechnoSports, penyanyi ini turut memiliki populariti yang tersendiri terutamanya dalam kalangan peminat fanatik kumpulan tersebut, yang menggelarkan diri mereka sebagai ARMY.

Selain memiliki wajak yang kacak, idola dalam kalangan ARMY ini juga tidak pernah gagal tampil dengan gaya pemakaian yang versatail setiap kali berada di khalayak.

Maka tak hairanlah ada yang percaya bahawa beliau merupakan ahli kumpulan BTS yang paling disayangi dalam kalangan peminat tegarnya.

V BTS lelaki paling kacak di dunia 2023

BACA: “Jangan Sesekali Dibuat Main”, Zarul Umbrella Dedah Tiga Perkataan ‘Haram’ Disebut Dalam Pesawat

Selain bergiat aktif dalam bidang muzik. V BTS juga aktif dalam bidang lakonan drama televisyen. Antaranya muncul dalam drama Hwarang: The Poet Warrior Youth (2016) melalui watak Han Sung.

Dalam drama terbabit, V turut menyumbangkan suaranya bagi lagu soundtrack drama tersebut yang berjudul It’s Definitely You. 

Berbalik kepada carta Top 10 Most Handsome Man in the World, beberapa nama besar dunia hiburan antarabangsa turut tersenarai dalam carta tersebut.

Di belakang V, antara nama-nama tersebut seperti Brad Pitt, Robert Pattinson, Chris Evans dan Hrithik Roshan.

Bukan itu sahaja, terdapat individu yang tidak terlibat dalam industri hiburan turut menduduki 10 tangga teratas dalam senarai terbabit.

Antaranya ahli politik dan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau yang tersenarai pada tangga ketujuh.

Sungguhpun begitu, terdapat beberapa nama yang mengejutkan tidak tersenarai dalam Top 10 carta ini. Antaranya seperti Nakamoto Yuta (ahli kumpulan NCT), David Beckham (bekas pemain bola), Arata MacKenyu (pelakon drama Jepun),  Zayn Malik (penyanyi British) dan sebagainya.

BACA: Kenapa Doktor Gigi Dipanggil Bantu Siasat Kemalangan Pesawat Terhempas? Ini Jawapannya

Sumber: TechnoSports

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.