Siakap Keli
Sejarah & Jenis Telur Dadar
Kredit: Low Carb Inspirations, Palacios, Jessica Gavin, Just One Cookbook

Ada Banyak Bahan, Ini Sejarah & Jenis Telur Dadar Yang Ramai Tak Tahu

Ada Banyak Bahan, Ini Sejarah & Jenis Telur Dadar Yang Ramai Tak Tahu

Bagi kebanyakan orang di seluruh dunia, telur dadar sebenarnya telah menjadi makanan ruji dalam sarapan pagi mereka.

Ia bukan sahaja dipenuhi dengan bahan makanan yang lazat seperti telur, keju dan sayur-sayuran segar, tetapi ia juga sangat berkhasiat dan dijadikan pemula tenaga yang sempurna.

Telur dadar ini membawa banyak maksud antaranya menggoreng telur itu secara kosong dengan memukulnya terlebih dahulu. Manakala maksud yang lain memasak telur dadar dengan campuran bahan yang lain seperti ayam, sayur dan sebagainya menjadikan ia gebu, tidak terlihat seperti telur.

Terdapat segelintir masyarakat menganggap telur dadar sebagai penkek yang ringan dan gebu disebabkan bahan yang dimasukkan ke dalam hidangan itu.

Asal usul telur dadar

Perkataan ‘omelette’ berasal daripada bahasa Perancis pada pertengahan abad ke-16 yang dikenali sebagai ‘alumelle’ dan ‘alumete’ pada tahun 1393.

Penulis Rennaisance Perancis terkenal, Francois Rabelais dalam karyanya Gargantua dan Pantagrue (1571) mencadangkan telur dadar itu dikenali sebagai homelaicte d’oeufs. Begitu juga dengan Olivier de Serres mencadangkan supaya telur dadar dikenali sebagai amelette.

Kemudian, François Pierre La Varenne dalam karyanya Le cuisinier françois (1651) mencadangkan bahawa telur dadar dikenali sebagai aumelette.

Walaupun ramai yang mengaitkan hidangan telur dadar dengan Perancis, namun yang lain berpendapat bahawa orang Rom adalah orang pertama yang membuat telur dadar.

Ini kerana orang Rom purba mencampurkan telur dengan madu manis dan kemudian memanggilnya ‘ovemele’, yang hampir dengan istilah moden, dipanggil telur dadar.

Sesetengah juga berpendapat bahawa ini hanyalah satu kebetulan dan juga berpendapat bahawa orang Perancis adalah pencetus telur dadar, yang memperoleh istilah daripada ‘amelette’, yang sebenarnya membawa maksud pisau dalam bahasa Perancis.

Hal ini kerana hidangan telur dadar mempunyai bentuk bilah yang sama dan disebabkan ramai orang percaya bahawa orang Perancis adalah orang pertama yang mencipta hidangan lazat itu.

BACA: Rasa Sama Macam Kulit Ayam, Akak Ini Kongsi Resepi Buat Telur Dadar “Crispy”

Telur dadar mengikut budaya

Tamagoyaki

Kredit: Just One Cookbook

Telur dadar juga merupakan makanan yang terkenal di Jepun walaupun mereka memanggilnya sebagai Tamagoyaki (telur dadar gulung). Mereka juga sering menambah dash atau kelp pada hidangan itu.

Telur dadar Jepun sebenarnya lebih manis daripada telur dadar barat. Masyarakat Amerika juga mempunyai sejarahnya yang berkaitan dengan pembuatan pertama telur dadar.

Telur dadar Denver

Kredit: Jessica Gavin

Telur dadar Denver yang popular pertama kali bermula dengan sandwic Denver, biasanya terdiri daripada dua keping roti dengan telur dadar yang lazat di antara mereka.

Sandwic ini menjadi sangat terkenal pada tahun 1900 selepas ramai yang mengetahui dengan kewujudan roti telur itu.

Telur dadar Denver mempunyai banyak keju, ham yang dipotong dadu, cendawan, bawang dan sedikit lada hijau.

Tortilla De Patatas, Sepanyol

Kredit: Palacios

Telur dadar ini dibuat dengan ‘patatas’ bermaksud kentang yang dihiris dan ditumis dalam minyak dengan banyak bawang, lada benggala, dan halia segar.

Kentang kemudian dicampur ke dalam telur yang telah dipukul dan dimasak semula di kedua-dua belah. Apabila telur dadar siap dan telah sejuk, telur dadar terlihat seperti kek yang lazat.

Telur dadar Perancis

Telur dadar Perancis mempunyai reputasi hebat sebagai makanan gourmet dan hidangan masakan di Perancis. Hidangan Perancis istimewa ini disediakan dengan mentega segar, keju, tomato, dan bawang yang ditumis bersama telur yang telah dipukul.

Sumber: Printstorecoupons, ifoodtv

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana