Siakap Keli
wanita berjiran mertua
Kredit: @sis_ani_/TikTok

“Ani Ambik Lauk..” Wanita Kongsi Kisah Manis Duduk Berjiran Dengan Mertua

“Ani Ambik Lauk..” Wanita Kongsi Kisah Manis Duduk Berjiran Dengan Mertua

Sebagai manusia, kita pasti tidak akan lari daripada kepercayaan umum atau lebih dikenali sebagai stereotaip, tidak kira bangsa, masyarakat dan kaum, masing-masing mempunyai kepercayaan umum daripada nenek moyang.

Apabila dikecilkan skala dan melihat pada skop perkahwinan, ramai yang memberi pendapat dan menasihatkan untuk tidak tinggal bersama mertua dalam satu rumah kepada pasangan yang baru berkahwin.

Walaupun pada asasnya dilihat biasa, namun perkara itu mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Jika dilihat dengan mata kasar, tiada masalah yang akan terjadi kerana menantu juga merupakan keluarga.

Akan tetapi jika dilihat dalam Islam, suami wajib menyediakan rumah buat isteri kerana ia termasuk dalam nafkah tempat tinggal, yang merupakan hak peribadi isteri dan ia juga perlu mengikut kemampuan si suami, menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Cerita aku dan mertuaku

Masyarakat sering disuapkan dengan sisi gelap apabila duduk berhampiran dengan mertua tetapi bukan seperti wanita yang dikenali Ani (@sis_ani_) di mana dia berkongsi kisah manis apabila berjiran dengan keluarga mertuanya.

Kisah Ani dan mertuanya telah menjadi tular di media sosial susulan layanan yang diberikan oleh ibu mertuanya sangat baik seperti anak sendiri.

Kredit: @sis_ani_/TikTok

Ani menunjukkan perbualan di aplikasi WhatsApp di mana ibu mertua sering memintanya singgah ke rumah untuk mengambil hidangan yang dimasak olehnya.

Boleh dikatakan setiap hari, ibu mertua Ani meminta pertolongan Ainul supaya membawa bekas untuk mengambil lauk yang dibuat olehnya.

Menurut Ani, itu merupakan realiti yang dihadapi olehnya setelah duduk berjiran dengan mertuanya.

Dengan menggunakan penghantar suara, ibu mertua Ani memberi ayat penyata meminta Ainul supaya membawa bekas lauk.

Kredit: @sis_ani_/TikTok

“Ani, suruh adik datang ambil ayam gajus dekat rumah mak.

“Ani suruh Ainul datang ambil bubur kacang.

“Ani suruh Ainul datang sini ambil jemput-jemput,” itu merupakan kata-kata yang sering diucapkan oleh ibu mertua Ani.

Kata Ani, jangan cuba-cuba untuk tidak pergi ambil, kalau tidak akan berlaku drama sedih di mana ibu mertuanya akan menghantar ayat bernada ‘kecewa’.

“Nak ke lauk tu, ke tidak mahu? Tidak datang pun hantar bekas,” luah ibu mertua.

“Eh nak, nak mak.Orang dah terlupa sebab dekat kedai kerepek ini.

“Kejap, Ainul pula tidur. Kejap lagi saya ambil,” jelas Ani.

Masak pelbagai juadah

Kredit: @sis_ani_/TikTok

Ibu mertua Ani sering menghidangkan pelbagai jenis juadah dan dia juga tidak lupa untuk memasak lebih supaya menantunya dapat merasai masakannya.

“Ani suruh adik datang bawa mangkuk-mangkuk mak yang ada di rumah (Ani), dan mangkuk Ani untuk isi lauk kari. Suruh dia ambil lauk.

“Ani kalau nak lauk pajeri nenas dengan terung, suruh Ainul datang ambil bawa bekas jangan besar sangat, kecil sahaja,” kata ibu mertuanya.

Biarpun terdapat pelbagai kisah seram yang membabitkan mertua dan menantu namun dengan kisah Ani itu masih menunjukkan bahawa tidak semua mertua mempunyai perangai yang sama.

Untuk mendengar suara ibu mertua Ani, sila klik video di bawah ini.

@sis_ani_

itu baru sebahagian😁😁yg penting my mil msk mmg sgt sedap😍

♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Sumber: @sis_ani_/TikTok

BACA: Bukan Saja-saja, Tak Sangka Rupanya Ini Fungsi Sebenar Lekuk-lekuk Kecil Pada Bola Golf

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana