Siakap Keli
ira kazar sambal sotong
Kredit: Instagram & Astro Gempak

Ira Kazar Dedah Resepi Buat Sambal Sotong Kegemaran Suaminya, “Nak Lagi Ngam, Letak…”

“Nak Lagi Ngam, Letak…”, Ira Kazar Dedah Resepi Buat Sambal Sotong Kegemaran Suami

Isteri kepada pengarah filem Syamsul Yusof, Ira Kazar baru-baru ini berkongsi resepi sambal sotong kegemaran suaminya.

Menerusi Instagram Story di akaunnya (@irakaza), dia pada mulanya berkongsi sekeping foto juadah sambal sotong. Foto berkenaan turut dimuat naik bersama satu kapsyen.

”Sambal sotong kegemaran suamiku,” katanya.

Dek kerana rupa sambal sotong tersebut yang begitu mengancam, sebilangan pengikutnya tidak teragak-agak meminta dia berkongsi resepi juadah tersebut.

sambal sotong ira kazar
Kredit: Instagram

Permintaan tersebut telah dibalas oleh Ira sendiri dan dia telah menyenaraikan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak sambal sotongnya.

Antaranya, sotong, cili kisar, bawang merah (sebiji), bawang putih (3-5 ulas), bawang Holland (sebiji), asam jawa, sedikit sos cili, kicap manis, garam dan gula.

Menariknya, Ira turut menggunakan serbuk perasa cendawan (mushroom seasoning powder) dalam resepi ini. Jelasnya, serbuk perasa ini bagi menggantikan serbuk MSG dan memberikan rasa lebih sedap dalam masakan.

Langkah-langkah untuk memasak sambal sotong ‘signature‘ Ira Kazar

Sebelum memasak, Ira memberikan tip kepada orang ramai agar merebuskan sotong dengan asam keping dalam beberapa minit. Hal ini adalah untuk mengelakkan sotong yang dimasak menjadi kecut dan menghilangkan bau hanyir.

Namun, anak kepada pelakon Kazar Saidi berkata ia hanyalah satu pilihan jika memiliki banyak masa untuk memasak.

Jika tidak rajin atau terdapat kekangan masa, anda hanya perlu memasak sotong itu dalam masa yang singkat sampai keluar air dari sotong tersebut.

Seterusnya, Ira berkongsi langkah lanjut penyediaan resepi tersebut.

“Masak cili merah sampai pecah minyak dahulu, selepas itu masukkanklah bahan bahan lain semua.

“Apa yang saya belajar kalau nak kuah pekat, masak sambal tu lama lama, guna api pada paras sederhana.

“Nak lagi ngam, letak petai segar. Akhir sekali, masukkan sotong dan kemudian, letak bawang Holland sebagai hiasan bagi cantik kejadiannya gitu.’

Pada masa yang sama, Ira telah membuka soalan kepada para pengikutnya untuk bertanya berkenaan resepi sambal sotong itu.

Salah seorang pengguna bertanya sama ada sos tomato boleh menggantikan sos cili dalam resepi tersebut.

“Sebenarnya, boleh juga nak cuba sos tomato daripada menggunakan sos cili. Tomato ada rasa “tangy” yang mana saya sukakannya. Jenama lain, rasa pun lain. Ikutlah selera memasing,”

Selain bertanya soalan, beberapa pengikut Ira Kazar turut berkongsi gambar hasil akhir resepi sambal sotongnya menerusi ruangan soalan yang diberikan.

BACA: Ramai Tak Tahu Selain Malaysia, Ini Negara-negara Lain Yang Sambut Hari Merdeka 31 Ogos

Sumber: irakaza via Instagram

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma