Malaysia Tidak Iktiraf Kedudukan Tuntutan China Di Laut China Selatan
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata Malaysia tidak mengiktiraf Peta Standard China 2023 yang dikeluarkan negara itu baru-baru ini, lapor Astro Awani.
Wisma Putra berkata bahawa peta tersebut telah menunjukkan tuntutan maritim sepihak China yang melangkau kawasan maritim Malaysia di Sabah dan Sarawak berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979.
Memetik Astro Awani lagi, China dilihat cuba melakukan provokasi apabila Peta Standard China 2023 yang diterbitkan Kementerian Sumber Aslinya jelas menunjukkan garisan yang melangkaui sempadan Malaysia di Sabah dan Sarawak.
Terdahulu, peta berkenaan sempat menjadi tular di media sosial dan mendapat reaksi banyak pihak.
Berita lanjut bakal menyusul
BACA: Ramai Tak Tahu Selain Malaysia, Ini Negara-negara Lain Yang Sambut Hari Merdeka 31 Ogos
Sumber: Astro Awani via Facebook, Astro Awani