Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pelaksanaan Modul Hadis 40: Harmonikan Ruang Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah menganjurkan pertemuan dengan 16 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili pelbagai latar belakang masyarakat pada Selasa.
Pertemuan ini antara lain membincangkan inisiatif Penghayatan Modul Hadis 40 Imam Nawawi, pelaksanaannya dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pendidikan negara.
Pertemuan berlangsung dalam suasana muhibah, mencerminkan keterbukaan, kesepakatan dan komitmen semua pihak dalam membina Malaysia MADANI berdasarkan kepada formula kepelbagaian dalam bingkai kesatuan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan inisiatif Penghayatan Modul Hadis 40 Imam Nawawi dengan melibatkan guru dan murid beragama Islam sahaja. Projek rintis melibatkan guru dan murid beragama Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan dikembangkan ke sekolah-sekolah dan kelas daripada mata pelajaran Pendidikan Islam sahaja.
Pelaksanaan inisiatif Penghayatan Modul Hadis 40 Imam Nawawi tidak akan melibatkan murid bukan Islam. Penghayatan Hadis 40 ini juga penting serta signifikan untuk menangani gejala radikalisme dan ekstremisme dalam masyarakat.
KPM komited untuk melaksanakan inisiatif Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi kerana ia akan memberi impak positif serta gambaran sebenar mengenai nilai-nilai kesejagatan Islam serta pengamalannya dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
Sesi pertemuan seperti ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi menyampaikan maklumat tepat mengenai inisiatif-inisiatif KPM. Ruang dialog juga dibuka seluasnya selaras dengan salah satu teras utama KPM iaitu untuk memperkasa komunikasi antara kementerian dengan setiap pemegang taruh.