Siakap Keli
smoke grenade payung terjun
Kredit TikTok/@janggutvat69

Menarik, Abang Polis Tunjuk Cara “Smoke Grenade” Digunakan Selepas Payung Terjun Terbuka

Menarik, Abang Polis Tunjuk Cara “Smoke Grenade” Digunakan Selepas Payung Terjun Terbuka

Sambutan Hari Kebangsaan di dataran Putrajaya pada tahun ini dilihat sangat meriah selepas pengunjung dilaporkan mula berpusu-pusu hadir ke lokasi sambutan sejak malam tadi.

Perarakan Kemerdekaan antara acara yang paling ditunggu-tunggu oleh pengunjung kerana pada waktu inilah kita dapat melihat pelbagai jenis aset negara dipamerkan.

Pelbagai kontinjen akan mengambil tempat sewaktu perarakan ini, dari badan kerajaan, swasta, badan beruniform dan banyak lagi.

Bagi kontinjen badan beruniform jentera-jentera yang digunakan dalam perarakan ini pasti menjadi tumpuan ramai pengunjung.

Selain di darat, pengunjung juga akan berpeluang untuk melihat aksi seperti helikopter, jet pejuang dan payung terjun di udara.

Bercakap soal payung terjun, pasti anda pernah melihat aksi payung terjun yang membawa asap ketika terjunan dilakukan oleh pegawai yang terlatih.

Bagaimana asap itu boleh terjadi?

Justeru perkongsian pada hari ini akan berkongsikan bagaimana aksi asap yang berwarna-warni itu boleh terjadi sewaktu aksi terjunan dilakukan.

Perkongsian itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @jangguttvat.

Menurut video itu, aksi tersebut telah dilakukan oleh seorang penerjun keenam yang bernama Horro.

Asap warna-warni dari grenade smoke

Asap berwarna-warni itu dikatakan datang daripada bom asap atau “grenade smoke” yang dibawa bersama di dalam beg yang diletakkan di pinggang.

Pertama Horro akan menarik pin pada bom asap tersebut apabila sudah sampai pada tahap ketinggian yang ditetapkan. Bom asap itu juga diikat dengan tali yang dipasangkan di bahagian keselamatan payung terjun.

Kredit TikTok

Selepas bom asap tadi dibuka, ia terus dicampak ke bawah dan dibiarkan hanya tergantung begitu sahaja.

Panjang tali yang diikat pada bom asap tadi adalah sepanjang lebih kurang 5 kaki sahaja.

Kredit TikTok

Dalam perkongsian video itu lagi, bom asap yang dinyalakan oleh Horro pada waktu itu adalah selama satu minit sahaja. Asap yang dikeluarkan pula adalah berwarna kuning terang seperti warna pada bendera Malaysia.

Perkongsian video itu turut mendapat komen yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut. Antara komen yang diberikan adalah:

BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

“Banyaknya kerja kena buat dekat atas tu. Hebat,” tulis seorang netizen yang memuji penerjun tersebut.

“Semoga dipermudahkan urusan penerjunan esok. Wish you all luck. Tahniah awak semua hebat,” tulis seorang lagi netizen yang mendoakan kelancaran terjunan pada pagi ini.

“Harap-harap esok cuaca beri kerjasama,” tulis seorang netizen yang mendoakan agar cuaca dalam keadaan baik-baik sahaja.

@janggutvat69

Cara Horro pasang smoke grenade bila payung sudah kembang. Berapa dalam 1 minit saja.@horro1969 #janggutvat69 #merdeka2023 #perarakanmerdeka #pasukangerakanudara #vat69

♬ original sound – jun75 – jun75

Sumber: TikTok/@janggutvat69

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: