“Sangat Harmoni,” Orang Awam Dirakam Bersemangat Nyanyi Lagu Patriotik Dalam MRT
Bersempena dengan Hari Kebangsaan pada hari ini, pelbagai jenis video telah berjaya menarik perhatian pengguna media sosial.
Daripada video perbarisan Hari Kebangsaan sehinggalah video orang ramai yang menyambutnya dengan cara mereka tersendiri.
Terbaru, sebuah video pengguna MRT menyanyikan lagu Tanggal 31 nyanyian Sudirman Haji Arshad telah menjadi tular.
Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @deleosem telah menunjukkan kejadian itu.
Berdasarkan video itu, penumpang MRT yang diketuai oleh seorang lelaki telah memulakan nyanyian lagu tersebut.
Lagu itu telah dinyanyikan dengan penuh semangat oleh beberapa penumpang yang lain di dalam gerabak MRT tersebut. Mereka berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan penuh harmoni.
“Berada di dalam MRT. Tiba-tiba beberapa penumpang menyanyikan lagu Merdeka. Mengejutkan suara mereka sangat harmoni. Jadi, saya sebagai Sabahan yang suka menyanyi telah menyertai mereka,” tulis kapsyen muat naik tersebut.
Lelaki itu juga dilihat bersemangat meletakkan bendera Malaysia di atas bahu belakang badannya sambil menyanyikan lagu tersebut.
Orang ramai yang teruja dengan kejadian itu turut dilihat merakam kejadian yang penuh dengan harmoni itu.
Semangat cinta kepada negara inilah yang kita mahukan, tanpa memikirkan perbezaan kita masih bersemangat dan mempunyai perasaan cintakan negara.
Muat naik itu turut dihujani dengan komen yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut. Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Benda macam ni pun boleh buat aku naik bulu roma. Saya sayang awak Malaysia,” tulis seorang netizen.
“Alaaa bestnya naik MRT hari ni hahaha,” tulis seorang netizen.
“Saya bangga jadi rakyat Malaysia,” tulis seorang lagi netizen yang bangga melihat kejadian itu.
@deleosem was in an MRT today..suddenly this group of lovely people sing a merdeka song…surprisingly their voice were so harmony 😍 jdi, as a sabahan yg suka mnyanyi, siaa pun mau join jga laa😝😍 #merdeka #malaysian #31ogos #choir
BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique
“Sayang Kamu Ketat-Ketat,” Abang Bomba Bawa Sepanduk Ketika Perbarisan Jadi Tumpuan Ramai
Sambutan Hari Kebangsaan di dataran Putrajaya pada hari ini jelas menunjukkan kemeriahan kehadiran para pengunjung dan para peserta perbarisan.
Perarakan masuk kontinjen sudah pasti menjadi acara yang paling ditunggu-tunggu oleh pengunjung yang hadir.
Kontinjen bukan sahaja melibatkan badan beruniform, malah ia juga melibatkan beberapa syarikat yang berada di Malaysia.
Jika terdahulu, kontinjen bomba pernah menjadi bualan hangat kerana aksi pegawai berbadan sado di atas jentera bomba, namun pada kali ini agak berlainan sedikit.
Sumber: TikTok/@deleosem