Siakap Keli
jalur gemilang burj khalifa
Kredit TikTok/@xmii.12

Diiringi Lagu Negaraku, Jalur Gemilang Gah Hiasi Menara Burj Khalifa

Diiringi Lagu Negaraku, Jalur Gemilang Gah Hiasi Menara Burj Khalifa

Semalam bersamaan 31 Ogos, negara kita telah menyambut Hari Kebangsaan yang ke-66 dengan suasana yang meriah di dataran Putrajaya.

Kemeriahan cukup dirasai apabila terdapat media melaporkan bahawa seramai 100,000 pengunjung dipercayai telah menghadiri hari bersejarah tersebut.

Ada sebahagian pengunjung yang bersemangat juga telah hadir ke dataran Putrajaya seawal 1 pagi bagi mendapatkan tempat untuk mengikuti perarakan Hari Kebangsaan.

Selain sambutan di Malaysia, negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut meraikan Hari Kebangsaan Malaysia dengan mengucapkan sambutan hari Kemerdekaan menerusi lampu berbentuk bendera Malaysia di menara Burj Khalifa.

Video perkongsian yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @xmii.12 telah menunjukkan detik membanggakan itu.

Kredit TikTok

Menara tertinggi di dunia itu telah menyalakan lampu berbentuk bendera Malaysia yang sedang berkibar di seluruh bahagian menara tersebut.

Apa yang lebih menarik lagi menerusi perkongsian itu, nyalaan terang itu juga turut diiringi dengan audio lagu kebangsaan iaitu Negaraku.

Perkongsian video muat naik itu juga mengucapkan selamat hari Merdeka kepada Malaysia serta mendoakan negara akan sentiasa selamat dan makmur.

“Malam ini kita bersama-sama Malaysia meraikan kemerdekaannya. Kami mendoakan negara dan rakyat Malaysia terus selamat, makmur dan maju. Kami mengucapkan tahniah pada kesempatan ini,” tulis kapsyen muat naik bahasa Arab itu.

Video berdurasi 49 saat itu sehingga kini telah ditotonton lebih daripada 40,000 tontonan oleh pengguna media sosial tersebut.

Penonton yang teruja turut dilihat telah meninggalkan komen mereka selepas melihat video perkongsian tersebut. Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Terima kasih dari Malaysia,” tulis seorang penonton yang mengucapkan terima kasih.

“Meremang bulu roma. Terima kasih Dubai,” tulis seorang lagi penonton.

“Terima kasih untuk sokongan. Alhamdulillah, Malaysiaku tercinta,” tulis seorang lagi penonton yang bersemangat.

@xmii.12

الليلة نشارك جمهورية ماليزيا احتفالاتها بذكرى استقلالها. نتمنى لماليزيا وطناً وشعباً دوام الأمن والازدهار والتقدّم ونتقدّم بالتهنئة بهذه المناسبة التي تستحضر إنجازات أمّة عظيمة بتاريخها وحاضرها ومستقبلها. Happy Independence Day! #merdeka #malaysia #independenceday #burjkhalifa #merdeka66 #malaysian

♬ bunyi asal – ھنا الرئيسي🇦🇪 – ھنا الرئيسي🇦🇪

BACA: “Sangat Harmoni,” Orang Awam Dirakam Bersemangat Nyanyi Lagu Patriotik Dalam MRT

Lebih 100,000 Hadir Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 – Fahmi

Lebih 100,000 pengunjung hadir menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2023 anjuran sulung Kerajaan Perpaduan di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata segelintir orang awam juga telah mula berkumpul selepas waktu Maghrib semalam kerana teruja untuk melihat sendiri acara gilang-gemilang itu.

“Ada yang datang dari Kedah, Perak dan jauh lagi untuk melihat sendiri sambutan besar-besaran ini. Ini merupakan sambutan Hari Kebangsaan pertama kami dengan pasukan yang bertungkus-lumus sejak bulan Februari,” katanya pada sidang media selepas sambutan itu di Pusat Media di sini hari ini.

Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 menzahirkan rasa puas hati dengan kejayaan penganjuran sambutan kemerdekaan negara tahun ini. Khususnya kelancaran persembahan tarian, perarakan, perbarisan dan pertunjukan udara.

Sumber: TikTok/@xmii.12

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka