Siakap Keli
Ahmad Terriruddin Berazam Amanah
Gambar: Bernama

Ahmad Terrirudin Berazam Tunai Amanah Sebaik Mungkin 

Ahmad Terrirudin Berazam Tunai Amanah Sebaik Mungkin 

PUTRAJAYA, 6 Sept (Bernama) — Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang memulakan tugas secara rasmi sebagai Peguam Negara hari ini, berazam untuk menunaikan amanah dengan sebaik mungkin.

“Insya-Allah saya akan tunaikan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin,” katanya ringkas kepada media ketika mendaftar masuk sistem kehadiran secara dalam talian pada pukul 8.15 pagi di lobi Jabatan Peguam Negara di sini.

Beliau turut menjunjung kasih atas limpah perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan berterima kasih kepada kerajaan atas pelantikannya.

BACA JUGA: Ahmad Terrirudin Dilantik Sebagai Peguam Negara

Pelantikan Ahmad Terrirudin sebagai Peguam Negara yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Idrus Harun yang tamat tempoh lantikan secara kontrak semalam.

Ahmad Terrirudin, 55, yang merupakan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai Peguam Cara Negara pada 25 Mac 2022.

Sumber: BERNAMA 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?