Siakap Keli
dua penuntut myvi
Kredit: Awani

Dua Penuntut Maut, Myvi Rempuh Treler

Dua Penuntut Maut, Myvi Rempuh Treler

Dua penuntut lelaki maut dalam kejadian kemalangan melibatkan kereta jenis Perodua Myvi selepas kenderaan yang dinaiki mereka merempuh sebuah treler di Kilometer (KM) 39.9 Jalan Muar-Tangkak-Segamat, pagi tadi.

Lapor Awani, mangsa berusia 24 dan 25 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan maut di tempat kejadian, dalam kemalangan yang berlaku pada jam 7.05 pagi itu.

Menerusi siasatan awal, Myvi tersebut dipercayai hilang kawalan menyebabkan kereta itu memasuki laluan bertentangan, semasa menuju ke Segamat dari Tangkak, kata Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib.

“Pemandu kereta itu dipercayai mengantuk sebelum masuk ke laluan bertentangan dan menyebabkan sebuah treler tidak sempat mengelak dan terlanggar kereta itu.

“Akibat dari kemalangan itu, pemandu serta penumpang disahkan maut di lokasi kejadian kerana kecederaan parah di bahagian muka dan kepala manakala pemandu berusia 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Tambah Roslan lagi, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Daerah Tangkak.

Difahamkan juga, kedua-dua mangsa merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim dan Universiti Malaysia Terengganu.

“Saksi kejadian itu diharap dapat menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak atau mana-mana balai polis berdekatan,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Awani

BACA: Remaja Dipercayai Maut, Sahut Cabaran “Online” Makan Kerepek Paling Paling Pedas Di Dunia

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana