Siakap Keli
janji belum bernikah india isteri bulan
Kredit: India Today

Tunai Janji Sebelum Nikah, Suami Hadiahkan Isteri Seekar Tanah di Bulan

Tunai Janji Sebelum Nikah, Suami Hadiahkan Isteri Sekeping Tanah di Bulan

Seorang lelaki asal Bengal Barat, India membuat keputusan untuk menunaikan janji kepada isteri yang dibuat semasa belum bernikah iaitu memberikan hadiah berupa ‘ Bulan ‘ kepada wanita tersebut.

Selama ini, kita hanya menyangkakan janji ‘bulan bintang’ hanyalah sesuatu bersifat abstrak dan kiasan semata-mata. Siapa sangka, ada lelaki yang mengambil maksud frasa tersebut secara literal.

Menurut Wion News, Sanjay Mahato telah berjanji untuk ‘memberikan Bulan’ kepada isterinya pada hari lahir wanita kesayangannya pada tahun pertama perkahwinannya.

Walaupun bunyi kedengaran seperti ‘dengar boleh, percaya jangan’. lelaki tersebut benar-benar mengotakan janjinya.

Berdasarkan laporan India Today, Mahato telah membeli sekeping tanah di Bulan yang berjumlah Rs 10,000 (kira-kira RM562.71) untuk dihadiahkan kepada isterinya.

Difahamkan, Mahato telah mendapat inspirasi untuk memberikan hadiah yang bersifat unik ini selepas kejayaan misi Chandrayaan-3.

Dia percaya bahawa dia mampu menunaikan janjinya untuk membawa Bulan ke tangan isterinya. Bagi merealisasikan misi romantiknya, Mahato telah meminta bantuan dari pihak Luna Society International.

Pembelian Bulan

Saya telah membeli satu ekar tanah di Bulan untuknya,” kata Mahato ketika ditemu bual India Today. Proses pembelian tersebut mengambil masa setahun dan dia telah menerima kertas pendaftaran yang tertulis  “Tuntutan berdaftar dan geran bagi hartanah Bulan.”.

Untuk makluman, satelit semula jadi itu telah memainkan peranan yang signifikan dalam kisah percintaan Mahato dan isterinya.

Memandangkan Bulan telah menduduki tempat istimewa dalam hati mereka, Mahato merasakan bahawa tiada satu pun yang lebih sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah hari lahir pertama isterinya, sebagai opasangan suami isteri melainkan entiti angkasa itu.

Walaupun pemilikan persendirian terhadap angkasa lepas tidak boleh dilakukan pada masa ini, ia tidak menghalang pelbagai laman web pemberian hadiah daripada menjual ‘serpihan tanah bulan’ dan menyediakan ‘pensijilan’ kepada pembeli.

Amalan ini telah mendapat populariti di kalangan pengguna internet yang ingin memiliki sekeping simbolik Bulan.

Menariknya, bukan Mahato sahaja yang telah memilih untuk memberikan hadiah unik ini. Tahun lepas, seorang guru dari Tripura telah memberli satu ekar tanah kepada dirinya sempena Hari Kekasih.

Guru tersebut telah memetik inspirasinya daripada bintang-bintang Bollywood, yang juga memiliki hartanah di Bulan.

BACA: Elak Kemalangan, Ketahui Fungsi Garisan Di Lebuhraya & Cara Tukar Lorong Dengan Betul

Sumber: Wion News

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma