Bertempiaran Lari, Detik-Detik Gempa Bumi Kuat Landa Maghribi
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 telah melanda negara Maghribi dan mengorbankan hampir 300 orang dan 153 mangsa yang lain cedera.
Gempa bumi kuat itu melanda 44 batu (71 kilometer) barat daya dari kawasan tumpuan pelancong, Marrakesh pada kedalaman sejauh 18.5 kilometer pada jam 11.11 malam tadi.
Susulan kejadian gempa itu, ramai pengguna media sosial telah berkongsikan detik-detik kejadian gempa tersebut.
Beberapa video menunjukkan orang ramai berlari menyelamatkan diri ke tempat yang selamat.
Sebuah video yang dikongsikan di laman X oleh @volcaholic1 menunjukkan orang ramai yang sedang makan malam di sebuah restoran telah berlari ketakutan.
Pada awalnya, orang ramai dilihat sedang menjamu makanan dan secara tiba-tiba gegaran kuat telah berlaku.
Orang ramai yang ketakutan dan panik dilihat mula berlari keluar dari restoran itu untuk menyelamatkan diri.
Jeeze now that's scary 😱 #Morocco #Earthquake pic.twitter.com/DW14idtdzE
— Volcaholic 🌋 (@volcaholic1) September 8, 2023
Sebuah lagi video yang dikongsi di laman X oleh @TcAga261935 menunjukkan rumah kediaman penduduk Maghribi bergegar kuat akibat gempa itu.
Video berdurasi 12 saat itu menunjukkan ruangan dalam rumah seorang penduduk alami gegaran kuat.
Gegaran itu telah menyebabkan perkakasan rumah seperti televisyen dan baju di ampaian bergoyang kuat.
Selain itu, banyak perkakasan dapur seperti pinggan mangkuk juga dilihat telah jatuh ke lantai dan pecah.
May Allah swt protect our brothers and sisters in Morocco 🇲🇦 ameen #earthquake#Morocco #السعوديه_كوستاريكا #زلزال #المغرب pic.twitter.com/AGpZTKyfEx
— ET magazin (@TcAga261935) September 9, 2023
Orang ramai nyaris dihempap cebisan bangunan runtuh
Sebuah lagi video yang dikongsi di atas talian di laman X oleh @carpentier219 menunjukkan runtuhan bangunan terjadi akibat gempa.
Pada awal video itu, beberapa orang lelaki dilihat duduk santai di hadapan sebuah bangunan.
Namun secara tiba-tiba, susulan gempa kuat itu, orang ramai dilihat berlari menyelamatkan diri.
Kesan daripada gegaran itu, bangunan tersebut dilihat telah runtuh di bahagian atas tempat dua orang pemuda duduk berehat sebelum gempa terjadi.
Orang ramai yang berlari ketakutan juga dilihat nyaris dihempap oleh cebisan bangunan yang runtuh tersebut.
BACA: Gempa Bumi Kuat Landa Maghribi, Hampir 300 Orang Disahkan Terkorban
BREAKINGS NEWS: Horrific moment of collapse caught on security camera💔 #Morocco #earthquake #moroccoearthquake #deprem #زلزال #زلزال_المغرب #fas #fas_depremi #morocco #maroc #earthquake pic.twitter.com/6IoCIQ9lRg
— behappy (@carpentier291) September 9, 2023
Imbas kembali, pada tahun 2004, sekurang-kurangnya 628 orang terbunuh dan 926 yang lain cedera selepas gempa bumi melanda Al Hoceima di timur laut Maghribi.
Gempa bumi El Asnam pada 1980 berukuran 7.3 magnitud di negara jiran Algeria adalah salah satu gempa bumi terbesar dan paling dahsyat pernah dicatatkan.
Ia membunuh seramai 2,500 orang dan sekurang-kurangnya 300,000 orang kehilangan tempat tinggal.
Sumber: X/@TcAga261935