Siakap Keli
himpunan selamatkan malaysia
Kredit: BERNAMA

Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia: Masih Tiada Permohonan Dibuat – Ayob Khan

Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia: Masih Tiada Permohonan Dibuat – Ayob Khan

Polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia yang dirancang akan diadakan di Sogo pada Sabtu depan, lapor Awani.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata belum ada sebarang permohonan dihantar oleh penganjur perhimpunan berkaitan perhimpunan tersebut.

Jelasnya, sekiranya terdapat pihak yang ingin menganjurkan sebarang perhimpunan, mereka perlu membuat permohonan terlebih dahulu dalam tempoh lima hari sebelum acara.

Perkara itu adalah di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Saya harap mereka (penganjur) buat (anjurkan perhimpunan itu) ikut prosedur, kalau tidak ikut prosedur, kita akan ambil tindakan.

“Hari terakhir untuk mereka buat permohonan adalah hari ini iaitu lima hari sebelum hari penganjuran acara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Hari Ulang Tahun Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ke-44 di Pangkalan Latihan PGU, di sini, pada Isnin.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengarah Jabatan logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Sahabudin Abd. Manan dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim.

BACA: Bung Mokhtar Syukur Perjuangan Lima Tahun Lawan Kes Rasuah Selesai

Mengulas lanjut, Ayob khan berkata bukan polis sahaja yang perlu diminta kebenaran namun, pemilik premis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu dimaklumkan mengenai perhimpunan yang dilakukan.

“Dalam konteks ini, saya difahamkan perhimpunan itu akan diadakan di kawasan Sogo, oleh itu mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada Sogo dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Selain itu, mestilah tiada bantahan daripada masyarakat sekitar seperti pemilik-pemilik kedai atau Sogo sendiri yang akan buat bantahan dalam tempoh 48 jam. Itu syarat yang perlu dipenuhi oleh mana-pihak yang ingin membuat perhimpunan,” katanya.

Terdahulu, Pemuda Perikatan Nasional (PN) bersama gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilapor akan mengadakan Himpunan Selamatkan Malaysia di Sogo yang terletak di ibu negara pada Sabtu ini.

Difahamkan juga, kempen tersebut akan bermula pada jam 2 petang dengan tujuan mahu rakyat ambil tahu berkenaan isu semasa, menurut Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari.

Isu tersebut turut termasuk kes Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram.

Sumber: Awani

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: