Siakap Keli
lelaki pukul gelandangan
Gambar: Pengguna X

Polis Tahan Lelaki Disyaki Pukul Gelandangan 

Polis Tahan Lelaki Disyaki Pukul Gelandangan 

Polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki memukul gelandangan di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian itu yang juga turut tular di media sosial.

“Pada jam lebih kurang 1.46 pagi, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi telah berjaya menangkap seorang lelaki warga tempatan berusia 36 tahun bagi membantu siasatan dalam kes ini

“Tangkapan telah direman selama tiga hari mulai 11 September hingga 13 September 2023 bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

BACA: Suri Rumah Didenda RM2,000 Pukul Penuntut Kolej Swasta, Rosakkan Telefon

Tambahnya lagi, siasatan masih lagi diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan selanjutnya.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan orang ramai untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa,” katanya lagi.

Terdahulu, insiden tersebut tular selepas dimuatnaik oleh seorang pengguna di laman X.

BACA JUGA: Adakan Perbincangan Santai, Anwar Terima Kunjungan Rajinikanth

Sumber: Polis Diraja Malaysia 

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.