Jasad Misteri Didakwa Milik Makhluk Asing Didedah Di Sidang Kongres Mexico
Dua jasad didakwa milik makhluk asing didedahkan kepada ahli politik di Mexico pada hari ini.
Menurut The Independent, dua jasad itu telah diperolehi dari Cusco, Peru dan dipamerkan dalam beberapa kotak di Mexico City dalam satu Sidang Kongres.
Pendedahan yang dibuat itu turut disiarkan secara langsung di kaca televisyen, sekaligus menarik perhatian banyak pihak terutamanya komuniti peminat teori makhluk asing.
Menurut laporan media Mexico, pendedahan berkenaan dibuat oleh seorang wartawan dan pakar makluk asing, Jaime Maussan yang memberi keterangan dibawah akuan bersumpah.
Maussan mendakwa jasad-jasad yang ditayangkan itu bukan sebahagian daripada ‘evolusi kita’ yang merujuk kepada kehidupan di Bumi.
Two 1,000 year old alleged alien corpses were shown to Mexico congress yesterday, originally found in Peru.pic.twitter.com/kJi41fETla
— Dexerto (@Dexerto) September 13, 2023
Dakwanya lagi, hampir satu pertiga DNA daripada jasad tersebut kekal misteri sehingga ke hari ini, lapor media tempatan.
Walau bagaimanapun, dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh ‘pakar mahkluk asing’ itu tidak dapat dibuktikan.
Sebelum mendedahkan jasad terbabit, Maussan telah menunjukkan beberapa video yang menampilkan ‘UFO dan fenomena anomali yang tidak dapat dikenalpasti’ kepada pegawai-pegawai dari Amerika Syarikat serta ahli-ahli kerajaan Mexico.
“Jasad-jasad ini tidak ditemui dalam serpihan kapal UFO. Sebaliknya, jasad ini ditemui di dalam lombong diatom (alga) dan menjadi fosil selepas beberapa tahun kemudian,”
The remains of alleged ‘non-human’ beings have been presented to a hearing in Mexico’s Congress investigating claims of alien life 👽 pic.twitter.com/mHLg2frBIq
— Al Jazeera English (@AJEnglish) September 13, 2023
Maussan turut mendakwa spesimen yang ditayangkan itu turut dikaji oleh oleh saintis daripada Universiti Auntonmi Kebangsaan Mexico (UNAM). Beliau berkata, penyelidik berkenaan berjaya mengekstrak bukti DNA menggunakan kaedah radiokarbon.
Manakala, Pengarah Eksekutif Bagi Keselamatan Aeroangkasa Amerika dan bekas juruterbang Tentera Laut Amerika Syarikat, Ryan Graves turut menghadiri sidang terbabit.
Beliau sebelum ini pernah memberitahu Kongres Amerika Syarikat berkenaan bahaya yang timbul daripada aktiviti udara tidak dikenal pasti kepada keselamatan negara itu.
Untuk makluman, Maussan sebelum ini telah dikaitkan dengan penemuan makhluk asing dan disangkal kemudian. Hal ini termasuklah, lima jasad mumia yang ditemui di Peru pada 2017.
Hasil pemeriksaan ketika itu mendapati bahawa mumia-mumia tersebut sebenarnya jasad milik kanak-kanak.
BACA: Nasi Bau Hangit, Letak ‘Satu’ Bahan Ini Auto Jadi Wangi Semula
Sumber: The Independent