Siakap Keli
Pelajar perempuan jam tangan richard mille
Kredit: Dim Sum Daily

Tular Pelajar Perempuan, Santai Pakai Jam Richard Mille Naik Bas, Harga RM 1.19 Juta

Gambar Pelajar Perempuan Tular, Santai Pakai Jam Tangan Richard Mille Di Dalam Bas

Warga maya baru-baru ini terpukau apabila melihat sebuah video tular yang menunjukkan seorang pelajar perempuan santai mengenakan jam tangan mewah ketika menaiki sebuah bas.

Dalam video yang dipercayai dirakam dalam sebuah bas di Hong Kong itu, pelajar berkenaan dilihat memakai jam tangan Richard Mille pada pergelangan tangan kanannya.

Berdasarkan beg galas yang dibawanya, pelajar perempuan itu dipercayai merupakan mahasiswi Universiti Tsinghua.

Menurut perkongsian media tempatan, jam tangan yang dipakai oleh pelajar tersebut merupakan model Richard Mille RM 037.

Difahamkan, jam tangan mewah tersebut dilancarkan pada 2020 dan dipercayai bernilai kira-kira RM1,196,935.31.

Pelajar perempuan pakai jam Richard Mille, bawa payung Rolls Royce

"Gambar

Apabila mengetahui ‘nilai’ sebenar di sebalik gambar tersebut, warga maya terkedu dan memberikan beberapa komen lucu mengenainya.

“Bas ni dia punya ke?”

“Boleh saya berkahwin dengan salah seorang ahli keluarganya?”

Bukan setakat jam mewah, pelajar perempuan tersebut turut mengenakan beberapa barangan mewah

Selain itu, ketajaman mata para pengguna media sosial tidak terhad kepada jam tangan itu sahaja. Warga maya juga terpesona apabila melihat payung yang dipegang pada tangan kirinya.

Menurut warga maya, payung yang dipegang pelajar perempuan tersebut merupakan payung dengan logi Rolls Royce. Payung berkenaan biasanya hadir sekali apabila kenderaan mewah itu dibeli.

Dalam salah satu komen yang ditinggalkan, payung berkenaan diandaikan berharga sekitar RM 3,052.

Beberapa individu telah mendedahkan koleksi barangan mewah yang dipakai oleh pelajar tersebut dalam gambar tular terbabit.

“Kasut: LV Trainer, Payung: Rolls-Royce, Cincin: Hermès, Gelang tangan: Van Cleef & Arpels, Jam tangan: Richard Mille.”

Walau bagaimanapun, segelintir warga maya merasa skeptikal dan ragu-ragu dengan gambar tersebut.

“Dia sepatutnya ada pemandu peribadi. Macam pelik je untuk dia naik bas. Boleh jadi barang-barang tu semua tiruan,”

“Jika apa yang dipakainya semuanya asli, biasanya orang yang berpendapatan tinggi akan mempunyai pemandu peribadi. Untuk tujuan keselamatan dan memudahkan pergerakan.”

“Saya ada nampak gambarnya sedang berdiri ketika menaiki bas semalam. Saya syak bahawa ini hanya perkara yang dirancang (untuk menjadi tular).”

BACA: Uncle Roger Lega, One Piece Tarik Balik “Strike” Ke Atas Video “Review” Kari Jepun Sanji

Sumber: Dim Sum Daily

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma