Siakap Keli
door gift sayur
Kredit TikTok/@kamaniya.organizer

Macam Pasar, Majlis Perkahwinan Unik Tawar Tetamu Sayur-Sayuran Sebagai “Door Gift”

Macam Pasar, Majlis Perkahwinan Unik Tawar Tetamu Sayur-Sayuran Sebagai “Door Gift”

Majlis perkahwinan atau walimatulurus sering disambut dengan meriah bagi meraikan pasangan yang sudah diijab kabul.

Selain ia disambut meriah, tetamu majlis ini juga sering kali dihidangkan dengan pelbagai menu makanan yang menarik.

Dari makanan utama seperti nasi dan lauk pauk sehinggalah pelbagai jenis pemanis mulut akan dihidangkan buat tetamu.

Apa yang lebih menarik, tetamu yang hadir juga akan diberikan buah tangan untuk dibawa pulang selepas memeriahkan majlis tersebut.

Namun, pemberian buah tangan itu bukan sahaja berlaku di majlis perkahwinan di negara kita. Ia juga dapat dilihat berlaku di negara jiran kita iaitu Indonesia.

Umum ketahui bahawa buah tangan yang diberikan pengantin kepada para tetamu datang daripada pelbagai barangan.

Ada yang beri biskut, ada yang beri gula-gula, roti, kicap dan bermacam-macam lagilah.

Akan tetapi, agak unik apabila ada yang memberikan buah tangan berupa sayur-sayuran kepada tetamu.

Perkara unik itu terjadi dalam satu majlis perkahwinan dan telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @kamaniya.organizer.

Pengguna akaun TikTok tersebut dipercayai merupakan perancang perkahwinan untuk majlis pasangan pengantin tersebut.

Majlis perkahwinan itu dipercayai berlaku di sebuah daerah di negara jiran iaitu Indonesia.

Kredit TikTok

Menerusi perkongsian video itu, tetamu dapat dilihat membawa bungkusan plastik yang diisi dengan pelbagai jenis buah yang disediakan oleh tuan rumah.

Kredit TikTok

Ada beberapa tetamu dapat dilihat membungkus sayur sawi, kacang panjang, terung panjang dan macam-macam lagi.

Kredit TikTok

Berdasarkan video itu, sayur yang disediakan sangat lengkap seperti sebuah jualan di pasar-pasar pagi.

Muat naik video itu kemudiannya dengan pantas telah menjadi tular dan mendapat perhatian pengguna media sosial tersebut. Mereka juga dilihat meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan video berkenaan.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Menarik dan sangat bermanfaat buah tangannya,” tulis seorang netizen yang teruja.

“Murah rezekinya. MasyaAllah. Ini benar-benar lebih mahal daripada cenderahati pelik. Sangat membantu bagi mereka yang sedang kesempitan wang. Semoga diberkati,” tulis seorang netizen yang bersetuju dengan pemberian buah tangan seperti itu.

“Saya suka, saya sangat gembira jika di tempat saya juga mengadakan perayaan seperti ini,” tulis seorang netizen yang berharap pemberian seperti itu turut dilakukan di tempatnya.

@kamaniya.organizer

Definisi hemat 3 hari gak ke pasar ye buu 😝 #weddingtiktok #pasarsayur #weddingjawa #konseppernikahan #trendtiktok

♬ Bercyandya – DJ Bombompret

Sumber: TikTok/@kamaniya.organizer

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka