Siakap Keli
anggota kereta gaung
Kredit: BERNAMA

Dua Anggota Tentera Cedera Kereta Terjatuh Dalam Gaung

Dua Anggota Tentera Cedera Kereta Terjatuh Dalam Gaung

IPOH, 18 Sept (Bernama) — Dua anggota tentera cedera apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 4.5 meter di Jalan Pahang dekat Tapah, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata Balai Bomba dan Penyelamat Tapah menerima panggilan pada 9.50 pagi tadi sebelum dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian didapati mangsa lelaki yang memandu Perodua Myvi cedera parah dan patah kaki kiri, manakala penumpang lelaki di bahagian depan cedera ringan dan mengalami patah tangan kiri,” katanya.

Sabarodzi berkata anggota tentera terbabit yang tersepit berjaya dikeluarkan dari kenderaan dan dibawa keluar dari lokasi kejadian.

“Mereka kemudian dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Penunggang mtosikal rempuh anggota JPJ ada dua senarai hitam aktif

Sebelum ini, media melaporkan penunggang motosikal yang merempuh seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini didapati masih memiliki dua senarai hitam aktif.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan memaklumkan penunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR berumur 25 tahun itu telah diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana lesen kenderaan tamat tempoh pada 18 Julai 2012, tiada perlindungan insurans dan tiada lesen memandu kompeten manakala motosikalnya disita.

“Satu laporan polis telah dilakukan dan penunggang motosikal tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini