Gempa Bumi Kuat Magnitud 6.2 Landa Timur Laut Taiwan
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 melanda Timur Laut Taiwan pada 9.21 malam hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Difahamkan, gempa bumi berkedalaman 173 kilometer itu berlaku pada jarak 240 kilometer barat dari Naha, Jepun.
Bagaimanapun, MetMalaysia berkata tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Gempa bumi kuat M6.2 telah berlaku di Timur Laut Taiwan pada 9:21 malam, 18 Sep 2023. Pusat gempa bumi tersebut terletak 26.4° U dan 125.3° T dengan kedalaman 173 km. 240km Barat dari Naha,Jepun.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/Z2nTi2LzPW— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) September 18, 2023
Sebelum ini, media melaporkan gempa bumi kuat yang melanda Maghribi dilaporkan telah mengorbankan seramai 296 orang dan 153 yang lain cedera, lapor AFP.
Kementerian Dalam Negeri Maghribi memberitahu bahawa gempa bumi bermagnitud 6.8 itu telah mengorbankan 296 mangsa di beberapa wilayah negara tersebut.
“Menurut laporan, gempa bumi itu mengorbankan 296 orang di wilayah dan majlis perbandaran Al-Haouz, Marakesh, Ouarzate, Azilal, Chishaoua dan Taroudant,” kata Kementerian Dalam Negeri Maghribi.
Gempa bumi kuat itu melanda 44 batu (71 kilometer) barat daya dari kawasan tumpuan pelancong Marrakesh pada kedalaman sejauh 18.5 kilometer pada jam 11.11 malam.
“Kami merasakan gegaran yang sangat kuat, dan saya menyedari ia adalah gempa bumi,” kata seorang mangsa yang dikenali sebagai Abdelhak El Amrani, 33, di Marakesh.
“Saya dapat melihat bangunan bergerak tetapi kami sudah semestinya tidak mempunyai refleks untuk situasi seperti ini. Kemudian saya keluar dan melihat orang ramai yang terkejut dan panik. Malahan, ada kanak-kanak yang menangis.
“Elektrik terpadam selama 10 minit, begitu juga dengan rangkaian telefon. Tetapi ia kemudian berfungsi semula. Semua orang memutuskan untuk tinggal di luar,” tambahnya lagi.
Sumber: @metmalaysia/X