Siakap Keli
oku rentung kebakaran
Gambar: Bernama

Lelaki OKU Rentung Dalam Kebakaran

Lelaki OKU Rentung Dalam Kebakaran

GEORGE TOWN, 18 Sept (Bernama) — Seorang lelaki warga emas kurang upaya (OKU) ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah di Jalan Kampung Pisang, Air Itam, dekat sini awal pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau  Pinang berkata identiti mangsa berusia 60-an yang ditemukan di dalam bilik satu daripada rumah yang terbakar itu, masih belum dikenal pasti.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran pada 3.44 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Paya Terubong terus ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pihak bomba mendapati dua buah rumah kampung yang terletak bersebelahan telah terbakar dan api ketika itu sedang marak sebelum kami bertindak menjalankan kerja pemadaman kebakaran tersebut,” katanya di sini hari ini.

BACA JUGA: Remaja OKU 15 Tahun Rentung Dalam Kebakaran Rumah

Katanya, kebakaran itu memusnahkan dua buah rumah setingkat yang setiap satu berkeluasan kira-kira 1,250 kaki persegi.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Menurut jurucakap itu, kebakaran dikawal sepenuhnya pada 4.28 pagi dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"