Siakap Keli
tarikh asteroid bumi
Kredit: AFP

Pakar Dedah Tarikh Potensi Asteroid Yang Menyamai Letupan 22 Bom Atom Terhempas Ke Bumi

Pakar Dedah Tarikh Potensi Asteroid Yang Menyamai Letupan 22 Bom Atom Terhempas Ke Bumi

Hari tepat asteroid yang diramalkan terhempas ke Bumi dan dikatakan mempunyai kekuatan menyamai letupan 22 bom atom telah didedahkan oleh para saintis, lapor Daily Star.

Pakar menganggarkan tarikh tersebut pada 24 September 2182, selepas menganggap Bumi berada di garisan selari untuk berlanggar dengan batu angkasa yang dinamakan Bennu, walaupun asteroid itu melintasi Bumi setiap enam tahun.

Bagaimanapun, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kini sedang bekerja keras untuk mengalihkan Bennu dari laluanya dan telah berada di peringkat akhir misi itu.

Difahamkan juga, tujuh tahun lalu agensi tersebut telah menghantar kapal angkasa ke asteroid untuk mengumpul sampel, dengan harapan maklumat yang mereka kumpulkan akan membantu mencegah kemungkinan berlakunya bencana.

Pada minggu ini, sampel dari Bennu akhirnya dijangka tiba selepas kapal angkasa itu mendarat di kawasan gurun Utah pada 24 September ini.

Kredit: NASA

Sampel itu dilepaskan ke arah Bumi dari kapal angkasa OSIRIS-REx dalam kapsul bersaiz peti sejuk.

Dalam pada itu, kapsul itu membawa anggaran 250 gram sampel bahan berbatu yang diambil dari permukaan Bennu pada tahun 2020.

Kapsul tersebut dijangka memasuki Bumi sekitar 8.42 pagi waktu tempatan (3.42 petang BST) pada Ahad ini dengan kelajuan hampir 28,000 mph.

BACA: AI Dilapor Berjaya Kesan Asteroid Besar Yang Gagal Dikesan Saintis

Sementara itu, NASA juga menjangkakan kapsul tersebut sampai dengan suhu dua kali ganda panas daripada lava.

Batu tersebut adalah kira-kira satu pertiga daripada satu batu lebar, manakala asteroid yang menyebabkan dinosaur pupus adalah sekitar enam batu lebar, iaitu 20 kali lebar Bennu.

Menurut NASA, Bennu tidak cukup besar untuk menyebabkan dunia hancur, namun jika terhempas ke Bumi, batu itu akan mencipta kawah berukuran kira-kira 9.8 kilometer dan menyebabkan kemusnahan sekitar 965 kilometer di semua arah.

Dalam pada itu, terdapat satu dalam 1,750 kemungkinan Bennu boleh berlanggar dengan Bumi antara sekarang dan pada tahun 2300.

Pun begitu, sampel yang sedang dalam perjalanan ke Bumi diharapkan membantu para penyelidik menjelaskan sedikit tentang batu berkenaan.

Sumber: Daily Star

Nurhanis

Suka menzahirkan perasaan melalui penulisan.