Siakap Keli
remaja ulas takoyaki
Gambar: TikTok @umikhalsumhamid

“Masuk Ke Bekas Jaring,” Semangat Macam Tengok Bola, Gelagat Remaja Ulas Pembuatan Takoyaki Buat Ramai Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Masuk Ke Bekas Jaring,” Semangat Macam Tengok Bola, Gelagat Remaja Ulas Pembuatan Takoyaki Buat Ramai Terhibur

Tidak dinafikan arena sukan menjadi perhatian orang ramai terutamanya dalam bidang bola sepak.

Perlawanan bola sepak sememangnya boleh membuatkan para penonton ‘ghairah’ dan ‘hilang jantung’ sekiranya ia melibatkan seteru utama ataupun di peringkat akhir.

Namun, tidak lengkap sekiranya sesebuah perlawanan bola sepak tersebut tidak mempunyai pengulas.

Bagi para penonton yang tidak berkesempatan untuk merasai bahang kehangatan perlawanan bola sepak di stadium, pengulas ibarat penghubung kepada mereka yang berada di hadapan kaca televisyen mahupun skrin telelefon pintar.

Lontaran suara oleh pengulas perlawanan boleh mempengaruh emosi para penonton dan menambahkan lagi seri dalam sukan tersebut.

Jadi, tidak hairan mengapa sesetengah pengulas bola sepak sewaktu mengulas perlawanan turut terbawa-bawa perasaan melalui nada suara yang rendah kepada tinggi secara tiba-tiba. Lebih-lebih lagi ketika salah satu pasukan berjaya atau hampir menjaringkan gol.

Gelagat Remaja Ulas Takoyaki Tak Ubah Seperi Pengulas bola

Pun begitu, baru-baru ini tular satu rakaman yang memaparkan seorang pelajar sekolah menengah ‘mengulas’ proses pembuatan Takoyaki.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @umikhalsumhamid, cara ulasan pelajar lelaki itu tak ubah seperti seorang pengulas bola sepak.

“Dan kita lihatkan kak Takoyaki ketika ini sedang memusingkan, menggunakan pusingan 90 darjah, memusingkan kedua-dua bahagian muka belah takoyaki itu  untuk menghasilkan struktur Takoyaki yang rangup dan lebih lazat.

“Namun kita lihatkan satu-persatu Takoyaki dibakar, dipusingkan. Adakah ini perjuangannya. Satu-persatu dibakar namun tidak dapat dimasukkan dalam satu persatu ketika ini.

“Kita mengharapkan satu-persatu Takoyaki mula dimasukkan ke dalam bekas jaring.. melakukan satu persatu..apakah ini pengakhirannya,” ulas remaja berkenaan sambil melihat Takoyaki di hadapannya.

BACA JUGA: Oyen Tunjuk Siapa ‘Taiko’ Taman, Kejar Anjing Sampai Bertempiaran Lari

Menurut pemilik pemilik video, gerai Takoyaki itu dibuka di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu bersempena Hari Terbuka Sekolah.

“Padu dik. Harini masuk event dekat SBPI Kubang Pasu sempena hari terbuka sekolah. Tak sangka jumpa pengulas takoyaki dalam ni. Semoga adik-adik terus sukses,” katanya.

Reaki Netizen Lihat Pengulas Takoyaki

Gelagat remaja berkenaan bukan sahaja menghiburkan pekerja di gerai tersebut bahkan penonton di media sosial. Rata-rata netizen terhibur dengan cara penyampaiannya

Sebahagian mereka memuji suara remaja itu seperti mempunyai kriteria-kriteria seorang pengulas.

takoyaki bola remaja takoyaki bola remaja takoyaki bola remaja

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 300,000 tontonan, dengan lebih 46,000 tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen dari warganet.

@umikhalsumhamid

Paduuuu dikkkkk. Harini masuk event dekat SBPI Kubang Pasu sempena hari terbuka sekolah. Tak sangka jumpa pengulas takoyaki dalam ni. Semoga adik2 terus sukses 🩶🤍🩶@Miki #fyp #fypdongggggggg #ikups #sbpikubangpasu

♬ original sound – Umi Khalsum Hamid – Umi Khalsum Hamid

Sumber: TikTok @umikhalsumhamid

Muhd Iqbal