Siakap Keli
byun hee bong noh young guk
Kredit: Asianwiki

Pelakon Veteran Byun Hee Bong, Noh Young Guk Dilapor Meninggal Dunia Pada Hari Yang Sama

Pelakon Veteran Byun Hee Bong, Noh Young Guk Dilapor Meninggal Dunia Pada Hari Yang Sama

Industri hiburan Korea Selatan berduka selepas pelakon veteran Byun Hee Bong dan Noh Yeong Guk, dilaporkan meninggal dunia pada hari yang sama, selang beberapa jam, lapor Spotvnews.

Difahamkan, Hee Bong atau nama sebenarnya, Byun In Cheol menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun ketika melawan penyakit kanser pankreas yang dihidapinya.

Manakala, Yeong Guk atau nama sebenarnya, Noh Gil Young yang berusia 75 tahun itu meninggal dunia akibat serangan jantung mengejut.

Pengebumian Byun Hee-bong telah diadakan di Hospital Samsung Seoul pada 20 September ini. 

Dalam pada itu, kematian Young Guk dikatakan lebih mengejut kerana pada ketika ini, drama terbaharunya sedang siarkan.

Menurut wakil produksi, Young Guk telah dibawa ke hospital selepas serangan jantung, namun dia dilaporkan meninggal dunia kerana tidak sedarkan diri lagi.

Pasukan penerbitan drama sedang berkabung selepas menerima berita sedih yang mengejut itu.

“Pengebumian akan diadakan secara tertutup dengan keluarga dan rakan sekerja.

“Sekali lagi, kami menyatakan takziah di atas pemergiannya dan mendoakan agar rohnya tenang,” kata mereka.

Pengebumian Young Guk dijadualkan pada jam 12:20 tengah hari, 20 September.

Pada 2018 lalu, Hee Bong memaklumkan kepada awam bahawa dia didiagnosis kanser pankreas sewaktu menerima tawaran untuk berlakon dalam drama Mr. Sunshine.

Perkara itu dimaklumkan olehnya ketika dia muncul dalam rancangan aneka ragam Niger Charm.

BACA: Penyampai Berita Veteran, Raymond Goh Meninggal Dunia

“Pada Festival Filem Cannes 2017, saya menerima tawaran daripada pasukan produksi Mr. Sunshine dan menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Saya disahkan menghidap kanser pankreas. Jadi, saya tidak dapat berlakon selama setahun dan memberi perhatian penuh untuk rawatan,” katanya dalam rancangan tersebut.

Kemudiannya, media melaporkan bahawa dia telah pulih sepenuhnya namun penyakit itu telah datang kembali, dan selama bertahun dia melawan kanser.

Hee bong memulakan kerjaya sebagai pelakon suara dalam pusingan kedua pengambilan terbuka televisyen MBC pada tahun 1965.

Dia telah berlakon dengan penuh semangat dalam pelbagai karya sejak sekian lama.

Antara filemnya ialah Eunuch, Up, Dog of Flanders, Volcano Hig, Scent of Chrysanthemums, Teacher Kim Bong-du, Memories of Murder dan banyak lagi.

Sumber: Spotvnews

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana