“Selama Ni 3 Batang RM1,” Wanita Terkejut Dapati Harga Kaki Ayam Goreng Sebatang Cecah RM1
Seorang wanita seakan tidak percaya selepas dikenakan RM1 untuk sepotong kaki ayam goreng yang dibeli di sebuah kedai di sekitar daerah Kuala Nerus, lapor Sinar Harian.
Perkara itu telah dikongsikan oleh seorang wanita melalui akaun Facebook miliknya pada hari ini.
Menerusi hantaran muat naik itu, dia berkata bahawa harga tersebut tidak masuk akal kerana kaki ayam goreng itu hanya bersaiz kecil.
“RM1 hanya kaki ayam…sebelum ini tiga batang RM1. Harga memang mahal dah ni.
“Terkejut saya, bertanya dua kali lagi untuk kepastian namun jawapannya masih sama,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Ramai yang bersetuju
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen hantaran terbabit, ramai yang bersetuju dengan pendapat wanita tersebut.
“Fuh, RM1…masak sendiri la macam ni kalau nak makan kaki ayam,” komen pengguna Facebook.
“Keras kejung tengok kaki ayam tu, mahal dah barang sekarang ni,” luah pengguna Facebook yang lain.
“Mahal sangat. Ingat mahal dah bila beli orang jual dua batang RM1, biasa beli. Yang ini mahal juga,” ujar pengguna Facebook yang turut bersetuju dengan wanita itu.
BACA: Dah Cuba Macam-Macam Perniagaan, Pasangan Tak Sangka Idea Meniaga Nasi Lemak Myvi Merah Berhasil
Sumber: Sinar Harian