Atlet Boling Wanita Negara Peluk Islam, Tertarik Tengok Rakan Muslim Mengerjakan Ibadah
Nerosha Keligit Thiagarajan, atlet boling wanita negara pada hari ini telah selamat melafazkan dua kalimah syahadah dan menjadi saudara Islam yang baharu, lapor Sinar Harian.
Lafaz itu telah dilakukan Nerosha di Bilik Hidayah, Ibu Pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan.
Menurutnya, dia tertarik dengan Islam selepas sudah terbiasa dikelilingi dengan rakan-rakan Muslim yang taat mengerjakan ibadah agama Islam.
“Saya mempercayai dan meyakini dengan keesaan ALLAH SWT,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook Perkim.
Lafaz syahadah itu telah dilakukan di hadapan Pegawai Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) Perkim Kebangsaan, Muhammad Jais Mariappan Abdullah.
Keputusan itu dibuatnya sendiri dan sudah lama difikirkannya
Tambah Nerosha lagi, keputusan penghijrahannya itu adalah satu perkara yang telah lama difikirkannya secara mendalam.
Selain itu, keputusan itu juga telah mendapat restu oleh ahli keluarganya serta rakannya.
BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas
Sebelum ini, Nerosha pernah mengharumkan nama Malaysia dengan meraih emas di Kejohanan Dunia pada edisi 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Beliau juga pernah memenangi pingat perak pada temasya Suka Sea 2021 di Hanoi, Vietnam selepas menduduki tempat kedua dalam acara berpasukan wanita.
Sumber: Sinar Harian